10 May 2014

AKU CINTA KAMU

Hati ini tidak keruan
Berdebar-debar pula
Seakan tersentap jantung ini
Tatkala terkena panahan matamu
Yang tajam menusuk ke hati.
Redup sinar matamu
Membuat hati ini rawan
Menjadikan jiwa ini seperti kesurupan.
Sehinggakan hawa bayu yang dingin
Terasa sehangat mentari terik
Bahang membakar asmara ini.
Aduhai.
Tidak aku sedari
Hakikat ini
Namun setelah kepergian dirimu
Jiwa ini terasa kosong
Tiada lagi hangatnya bayu yang terasa.
Maafkan aku kerana meninggalkan kau dahulu.
Aku ingin merasai cinta yang dulu
Cinta kamu.
Kerana kini aku sedari
Aku cinta kamu.


26 Oct 2013

LAYU KUPANDANG SEGAR


Apakah sebenarnya yang terdetik dihatimu
tentang aku
tentang diriku
tentang kehidupanku?
dulu,
kaulah teman
kaulah sahabat
kaulah saudara
yang mengikuti langkah perjuanganku
meniti titian sempit
menongkah arus deras
bersamaku...

20 Jul 2013

RAWAN

Aku melalui denai ini
Yang penuh dengan ranjau yang berliku
Meniti titian nan sempit
hanya semata untuk mencari sekuntun bunga kebahagiaan...
Dia,
Insan yang aku percaya
Telah mematahkan dahan
Yang menjadi pautanku.
Dia,
Insan yang pernah bertakhta di singgahsana indahku
Telah memusnahkan istana yang aku bina
Dari kata-kata cinta indahnya.
Hatiku rawang
Tatkala mengenangkan dia
Si pemusnah cinta
Hanya Tuhan yang mampu mengerti
Jiwa ini.

20 May 2013

RINDU BERTAMU DIHATI






menitik air mata
hangat!
menghangati pipiku ini.
tanpa aku sedar
aku menangis
tanpa aku tahu
apa puncanya...

hati terasa sungguh kosong
jiwaku terasa kehilangan
batinku kegersangan, kehausan
namun tiada kepastian
apa puncanya...


2 Apr 2013

TAHUKAH KAU.....





Wahai kasih,
tahukah dikau
bahawa dirimu bagiku
umpama sungai yang mengalir
tiada hentinya
membawa aku ke samudera cintamu...

tahukah dikau wahai kasih
dirimu umpama sang bayu
yang berpuput lembut
menyapa wajahku
membawa aku terbang bersamamu
meneroka angkasaraya...


30 Mar 2013

PELITA HATI


pelita hati ini
menyala - nyala
dengan api cinta kasihmu
menghangati sukma ini
cinta yang kau nyalakan
menerangi hatiku yang kegelapan
walaupun sedikit cahayanya
namun terangnya cintamu
melebihi cahaya mentari yang pijar
kerana nyalaan cahaya itu
adalah cahaya cinta
yang lahir dari hatimu yang suci

pelita hati ini
kau nyalakan
dengan sepenuh hatimu
menyemarakkan perasaan kasihku
kepada dirimu

jangan kau padamkan
api cinta yang telah kau nyalakan
kerana aku
sang pelita
yang sangat mendambakan api cinta sucimu...

16 Mar 2013

DEMI KASIH INI




Rindu ini hanya untukmu
Kasih ini hanya pada yang satu.
Cinta ini hanya dirimu..

Api cinta ini takkan terpadam
Walau rindu salji melanda
Walau ombak besar membadai
Walau hujan turun membasahinya

Tiada ragu tiada jemu
Cinta ini kekal selamanya
Walau nafas ini sudah sampai ke penghujungnya…….


untuk kamu yang tersayang.

10 Feb 2013

CINTA ITU BUKAN UNTUKKU


aku merenung bulan di sana
terkenangkan kamu
yang mungkin sedang merenung bulan yang sama
dahulu kita sungguh mesra
bersama berjanjikan setia
bulan dan bintang menjadi saksi cinta
setelah dia hadir dalam hidupmu
pegangan tangan ini kau lepaskan
tiada lagi cinta yang padu darimu
hanya kata-kata nista dan dusta kau luahkan
untuk menutupi helahmu

4 Feb 2013

SAYANG BUKAN CINTA



Kau hadir
Kala hati ini sedang terluka
Kau mengubati kelukaan ini
Dengan penawar seindah pelangi
Menceriakan kembali jiwaku yang mendung.

Kejujuran yang kau pancarkan
Seumpama sinaran mentari
Terang dan bercahaya.

JALAN



Perjalanan hidup ini
Kususuri dengan tenang
Walau dihadapanku
Gelombang besar ganas memukul,
Walau duri menatari jalan
Yang kulalui ini.
Aku redah semuanya
Dengan sabar dan tabah
Kerana kutahu
Disisiku ada Dia
Dan di penghujung jalan ini
Adalah untuk bertemu dengan-Nya.
04 Februari 2013
Politeknik Banting Selangor.

3 Feb 2013

SAAT BERSAMAMU



Kutermenung di jendela
Melangoi menatap bulan
Sinarannya terang
Menerangi kegelitaan malam ini.
Sejenak aku terkenang
Saat-saat indah bersamamu
Pada waktu dahulu
Bersama kita berlari

2 Feb 2013

monolog hati

 duhai hati
rasa apakah ini?
getar apakah ini?
mengapa kurasa angin yang berhembusan ini seperti gemersik suara?
mengapa kulihat bulan seperti kulihat sebuah cermin?

INDAH

INDAH

Indahnya hari ini
Mendapat khabar darimu
Melalui utusan cintamu
Si bayu sutera...
Khabarnya kau rindu kepadaku.

Oh, bahagianya!
Mendengarkan berita rindu daripadamu.

Walaupun kita terpisah jasad
Namun rohani kita satu
Hatiku hatimu, jiwaku jiwamu.
Kau bisikkan rindu
Aku melagukan cinta
Kau dendangkan sayang
Aku coretkan bahagia...
berdua kita bersatu
Dalam nur kasih-Nya
Dengan nur Rahim-Nya
Walau kau di sana merenung bulan
Aku disini mengukir bintang
Di langit yang sama, dari jiwa yang satu.

Bahagia! Bahagia! Bahagia!
Itu yang kurasa
Setelah merasakan cintamu
Yang penuh dengan rahmat ar-Rahim-Nya
Indahnya hari ini
Kerana akhirnya kutahu
Kau mencintai aku...

22 Januari 2013

01.20 a.m.