5 Nov 2016

PENULIS DAN HASIL PENULISAN

Jika anda ada satu produk yang bagus tetapi orang lain tidak tahu, ia akan berakhir menjadi sejarah - CEO Air Asia, Tony Fernandez.
----------------------------------------------------------------
Lontaran status-status saya sehari dua ini berkisar mengenai kitaran penulis - penerbitan - pemasaran - pembeli - pembaca. Ini satu rantai jaringan yang saling berkait.
Penulis yang menjual idea dalam penulisan adalah insan paling penting. Seperti kepala gerabak. Ke mana produk itu mahu dibawa bermula daripada setitik hitam putih dalam bukunya. Jika tidak diceritakan, siapa yang tahu?

2 Nov 2016

MENANG CABUTAN BERTUAH!

alhamdulillah. dapat hadiah cabutan bertuah. tapi tu la... dapat hadiah buku sendiri. Antologi Cerpen Bebas.. haha. apa2 pun, terima kasih kepada Penerbit Buku Puris yang menyediakan hadiah. Simpan buat kenangan.
Oh, ya! Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan Antologi Cerpen Bebas, boleh PM saya. Set Kombo pun ada. Kalau tak beli untuk diri sendiri, boleh beli dan hadiahkan kat orang lain macam ni. Sama2 kita galakkan budaya membaca.
#sayapenulis