Aku
bukan pujangga
Yang
bisa menganyam kata
Menyulam
cinta untukmu.
Aku bukan seorang
pelukis
Yang
pandai melakar potret kasih
Menata
mahakarya agung buatmu.
Yang
bisa melenyapkan kegelitaan duniamu
Aku
hanya ibarat pelita yang hina.
Wahai kekasih,
Aku ini hanya seorang
pengemis cinta
Yang menagih kasih,
yang dahagakan cinta
Aku dambakan cinta
sucimu
Setulus hati aku
mencintaimu
Bukan
kerana namamu,
Bukan
kerana paras indahmu
Mahkota
gahmu
Atau
kerana darjatmu.
Tetapi cintaku kerana
indahnya akhlakmu
Kerana
cantiknya budimu,
Kerana
moleknya pekertimu,
Kerana
manisnya bahasamu,
Dan
kerana tulusnya cintamu kepada-Nya.
Sejambak kasih sepohon
sayang
Kuhadiahkan kepadamu
Sebagai hantaran hati
Untuk menyunting dirimu
Bertakhta dihatiku.
31
DISEMBER 2012
No comments:
Post a Comment