3 Jan 2013

SENJA KELABU


SENJA KELABU
Kala ini
Aku duduk terpuruk sendirian
Menatap langit senja yang kelabu
Hari-hari yang dilalui kurasakan kosong
Seperti tiada apa dijiwa sedangkan
Jasadku masih bernyawa
Mengapa ini terjadi?

Tuhan.
Apakah yang berlaku ini ketentuan-Mu atau ini pilihanku sendiri?
Sungguh, aku tiada jawapannya.
Esok, mentari akan menyinar lagi.
Seperti pagi-pagi yang telah aku lalui
Aku berharap
Agar sinar esok hari
Akan menyinari sukma ini
Bukan dengan cahaya mentari yang terik sahaja
Malah dengan satu sinar nur
Kurniaan-Mu.
3 Januari 2013