10 Feb 2013

CINTA ITU BUKAN UNTUKKU


aku merenung bulan di sana
terkenangkan kamu
yang mungkin sedang merenung bulan yang sama
dahulu kita sungguh mesra
bersama berjanjikan setia
bulan dan bintang menjadi saksi cinta
setelah dia hadir dalam hidupmu
pegangan tangan ini kau lepaskan
tiada lagi cinta yang padu darimu
hanya kata-kata nista dan dusta kau luahkan
untuk menutupi helahmu



aku merenung bulan di sana
sambil mataku tidak berhenti mengalirkan air mata
bukan kerana aku sedih dengan perpisahan ini
tetapi kerana rasa sesal di dada ini
kerana kau telah memungkiri janjimu
hati ini kau lukai
dengan sembilu kasihmu
yang tajam berbisa

aku merenung bulan di sana
kulihat dia tenang di samping ribuan bintang
menerangi kesuraman malan tanpa berteman
tiada jemu tiada lelah
tanpa cinta yang lain
melainkan cinta Sang Pencinta yang abadi
aku sedar
cinta itu bukan untukku
kau berikan cintamu untuk dia
tetapi kau lupa
aku masih ada cinta Dia
yang lebih baik untukku..

No comments: