10 May 2014

AMANAT ABAH


Abahku berpesan,
Sewaktu aku masih dalam dunia fantasiku,
Untuk tidak menangis di kala aku terjatuh,
Malah harus bangkit untuk terus bermain semula.
Abahku berpesan,
Di saat aku telah menginjak dewasa;
Sewaktu aku di alam namanya persekolahan,
Untuk tanamkan satu benih cita-cita di taman hatiku
Dan berusaha gigih membajainya
Agar ia merimbun sehijau belantara kehidupan.



MAWAR




Namamu terukir indah
Ungkapan kasih mama dan abah
Rasa sayang kasih mereka tidak akan memudar
Umpama kuntuman bunga mawar
Layu setelah tiada lagi hayatnya
Sentiasa mewangi walaupun telah tiada
Yang akhirnya mengharumi taman hati
Abah dan mama.
Harapan mereka kepadamu
Ibarat gunung yang menjulang tinggi.
Adanya kamu kerana adanya mereka
Hanya kamu menjadi sandaran harapan mereka kerana
Anda bintang hati mereka.
Saying dan cinta mereka
Seumpama lautan yang tiada tepinya.
Anugerah kasih agung kepadamu ini kerana kamu

Nadi nyawa harapan nusa...


AKU CINTA KAMU

Hati ini tidak keruan
Berdebar-debar pula
Seakan tersentap jantung ini
Tatkala terkena panahan matamu
Yang tajam menusuk ke hati.
Redup sinar matamu
Membuat hati ini rawan
Menjadikan jiwa ini seperti kesurupan.
Sehinggakan hawa bayu yang dingin
Terasa sehangat mentari terik
Bahang membakar asmara ini.
Aduhai.
Tidak aku sedari
Hakikat ini
Namun setelah kepergian dirimu
Jiwa ini terasa kosong
Tiada lagi hangatnya bayu yang terasa.
Maafkan aku kerana meninggalkan kau dahulu.
Aku ingin merasai cinta yang dulu
Cinta kamu.
Kerana kini aku sedari
Aku cinta kamu.