Abahku
berpesan,
Sewaktu
aku masih dalam dunia fantasiku,
Untuk
tidak menangis di kala aku terjatuh,
Malah
harus bangkit untuk terus bermain semula.
Abahku
berpesan,
Di
saat aku telah menginjak dewasa;
Sewaktu
aku di alam namanya persekolahan,
Untuk
tanamkan satu benih cita-cita di taman hatiku
Dan
berusaha gigih membajainya
Kali
ini amanatnya lebih dewasa
Kerana aku telah menoktahkan zaman
persekolahanku.
Pesannya;
“Anakku, jangan hentikan pencarianmu setakat di sini sahaja,
Perjalananmu
masih jauh,
Menara
gading masih belum kau daki.”
Abah memberi
pilihan buatku;
Untuk
memilih kerjaya atau menimba ilmu sebelum bekerjaya?
Lalu
aku memilih
Untuk memulakan langkah lembaran hidupku
Dengan memasuki gedung ilmu warisan
tinggalan pahlawan Melayu terbilang.
Semangat wira
Melayu telah meresapi hatiku yang merah,
Walau kini
abah telah tiada,
Walau tiada
lagi amanat emas buatku,
Aku tetap
memegang utuh amanat abah ini,
Kerana
kata-kata akhirnya,
“Ilmu tiada
di pasar atau di took,
Ilmu perlu
dicari, digali, diraih
Kerana ilmu
adalah harta yang akan membela
Nasibmu dan
anak cucumu nanti, anakku.”
Abah,
amanatmu ini
Akan
kujadikan azimat
Bagi
menggenggam segulung cita segunung impian.
08
DISEMBER 2012
No comments:
Post a Comment