26 Aug 2014

MILIK KITA




Mereka kata ini milik kita
Mereka kata ini milik kita!!!

Ya!
Kalau benar tanah ini milik kita
mengapa kita berbalah sesama kita?
mengapa kita bertikam sesama kita?
mengapa kita menghentam sesama kita?

apa sudah tiada cinta di hati?

kata, 
di sini lahirnya sebuah cinta...
tapi,
nilai cinta itu hanya pada kata
bukan pada hati.

marah?
kenapa mahu marah?



kalau benar ini cinta,
mengapa harus bersengketa?
kalau benar ini cinta,
mengapa kau masih bertelagah?
apa itukah cinta bagi kau?

lidah kata cinta,
tapi di hati masih pura - pura.

kalau kau mahu ubah,
ubah dirimu.
kalau kau mahu tukar,
tukar persepsi.
kalau kau mahu cinta,
cinta bangsamu.

ini milik kita.
tanah ini kepunyaan kita.
kita membentuk nusa, 
kita sebahagian bangsa
bangsa kita

genggamlah tangan ini
dengan erat
dengan cinta
di hati
kita

No comments: