12 Feb 2015

CINTA HATIKU



Sang bayu malam
Berpuput lembut
Menyapa aku
Membawa perkhabaran cinta darimu.
Katanya kau kirimkan salam cinta
Istimewa buatku
Katanya lagi kau terlalu merindui aku
Hingga aku sentiasa ada dalam mimpimu.

Oh, bayu.
Adakah benar semua berita
Yang kau sampaikan kepadaku?
Jika benar,
Akulah wanita yang paling bahagia

Kerana mendapat cinta darimu
Lelaki yang amat kucintai.
Oh, cinta hatiku.

Dengarlah suara hatiku ini.
Andai jasad ini mampu menerima
Roh yang dua
Akan kusatukan rohmu dengan rohku
Agar kita menjadi satu nyawa
Bersemadi dalam jasad yang sama
Sebagai bukti cinta kita
Agar kita kekal bersama
Sehingga ke syurga-Nya.






01.00a.m.
1 APRIL 2013


No comments: