Wahai
kekasih
Aku bukan pujangga
Yang bisa menganyam kata
Menyulam cinta untukmu.
Aku
bukan seorang pelukis
Yang pandai melakar potret kasih
Menata mahakarya agung buatmu.
Aku
juga bukan sang rembulan,
Yang bisa melenyapkan kegelitaan duniamu
Aku hanya ibarat pelita yang hina.
Aku
ini hanya seorang pengemis cinta
Yang
menagih kasih, yang dahagakan cinta
Aku
dambakan cinta sucimu
Setulus
hati aku mencintaimu
Bukan kerana namamu,
Bukan kerana
paras indahmu
Mahkota gahmu
atau kerana darjatmu.
Tetapi
cintaku kerana indahnya akhlakmu
Kerana cantiknya budimu,
Kerana moleknya pekertimu,
Kerana manisnya bahasamu,
Dan kerana tulusnya cintamu kepada-Nya.
Sejambak
kasih sepohon sayang
Kuhadiahkan
kepadamu
Sebagai
hantaran hati
Untuk
menyunting dirimu
Bertakhta
dihatiku.
31
DISEMBER 2012
No comments:
Post a Comment