30 Sept 2016

PENULIS ANTOLOGI CERPEN BEBAS (2)

Semalam, saya dah kongsikan ulasan untuk karya Almarjan; 2060, Tanpamu. 

Kali ini, Tuk Ba dan Saf Pertama karya Nurimas SN. Pasti ada yang mengenali penulis ini. Karya beliau banyak diterbitkan di akhbar dan beberapa antologi. Beliau juga aktif dalam bidang motivasi. Bukan satu perkara baru kerana beliau berkelulusan dalam bidang Pendidikan (Bimbingan & Kaunseling). Karya beliau dalam Antologi Cerpen Bebas ini diserapkan elemen keagamaan untuk pengajaran bersama.
Nak tahu kisahnya? Kenalah dapatkan antologi ini daripada saya. WhatsApp saya di 0178847544 untuk pembelian.
Harga? RM23 tak termasuk kos pos.


PENULIS ANTOLOGI CERPEN BEBAS (1)

Antologi Cerpen BEBAS.

Hasil karangan idea daripada penulis-penulis berprofil tinggi. Kebanyakan penulisnya berpendidikan tinggi. Maka, hasilnya juga berkualiti.
Hari ni, saya nak kongsikan sikit ulasan penyunting untuk karya nukilan penulis AlMarjan. Beliau merupakan seorang guru di SMK Sg. Besar berkelulusan dari Universiti Al-Azhar, Kaherah. kisah yang dinukilkan diinspirasikan daripada pengalaman sebagai guru.
Menarik! Tak klise!
Nak tahu apa kisahnya? Dapatkan naskhah ini daripada saya. Oh, ya! Penanda buku comel tu masih ada. Buat pembelian sekarang. WhatsApp saya di 0178847544. Harga sebuah buku RM23. Kos pos RM7.


24 Sept 2016

BARISAN PENULIS ANTOLOGI CERPEN BEBAS

Assalamualaikum.

Hari ni saya kongsikan sedikit barisan penulis yang menyumbangkan karya mereka dalam Antologi Cerpen BEBAS ini. Pelbagai latar belakang dan pendidikan, karya yang dihasilkan berkualiti dan sesuai untuk bacaan semua peringkat umur. Kisah yang diketengahkan juga bertepatan dengan realiti masyarakat kini. 


Saya difahamkan kebanyakan penulis dalam antologi ini merupakan graduan dan sebahagiannya adalah pendidik. Maka, hasil penulisan mereka pastilah mempunyai ilmu pengetahuan, buah fikiran dan juga elemen pendidikan yang mampu memberikan kepuasan dalam pembacaan. Anda pasti sudah bosan dengan karya drama dongeng bukan? Nah! Karya - karya ini yang harus anda cari.
Anda tak akan rugi membaca buku ini. Mai PM saya untuk membelinya. 

21 Sept 2016

TERIMA KASIH PEMBACA & PEMBELI

Dah beberapa hari tak 'update' pasal #antologibebas 
Alhamdulillah. Sokongan daripada ahli keluarga Dan kawan2 tak putus-putus. Impian menjadi kenyataan. Bukan mudah untuk menghasilkan satu bahan Penulisan lagi-lagi kalau itu adalah karya kreatif dan fiksyen. Kadang-kadang, satu cerpen pun boleh ambil masa dua tiga minggu untuk siap apatah lagi novel. Setiap karya yang terhasil memberi satu kepuasan kepada penulis jika ada pembaca yang sudi membacanya Dan memberikan pandangan

Setiap karya adalah identiti penulis. Setiap karya adalah kisah penulis. Ilham daripada Tuhan adalah anugerah untuk penulis. Penulis memberi pengaruh besar kepada pembaca. Karya penulis harus memberi impak positif kepada pembaca. Itu tanggungjawab penulis. Bukan mudah untuk menjadi seorang penulis. Hargailah Setiap karya mereka. 

Terima kasih kepada anda yang telah mendapatkan naskhah Antologi Cerpen Bebas. 
Kepada yang berminat, anda masih boleh dapatkan antologi ini daripada saya terus. 
Harga? Masih RM23 + kos pos RM7. 
Penanda buku? Masih ada tapi terhad. Percuma sahaja sebagai tanda penghargaan saya untuk sokongan anda. Cepat-cepat beli! 
WhatsApp saya 0178847544 atau DM di sini.

'Jadikan membaca satu budaya'
#antologibebas
#syahidahassan
#KTR


15 Sept 2016

BERBALOI BELI!

Terima kasih kepada yang sudi membeli buku saya Dan memberikan sokongan kepada penulis baru seperti saya. Saya anggap ini satu suntikan semangat untuk meneruskan usaha dalam bidang penulisan. In shaa Allah. 

Kepada yang mahu membeli, jangan tunggu lama-lama. Terus je PM saya di 0178847544 untuk membeli. Anda pasti tak rugi. Bahan bacaan yang bagus Dan membuka minda daripada penulis-penulis berbakat (nanti saya kongsikan latar belakang setiap penulis ya)
p/s: Penanda buku tu masih ada stok tapi terhad tau.
Jadikan membaca satu budaya.

14 Sept 2016

APA KISAH DALAM ANTOLOGI CERPEN BEBAS NI?

Mesti ramai nak tahu, kisah apa yang ada dalam Antologi Cerpen Bebas ni? Okay. Pagi ni saya belanja sikitlah isi kandungannya. Ada 20 kisah dalam satu buku. 
Wah! Jimat! Dapat banyak cerita dalam satu buku je. Tak bosan dan tak ambil masa lama nak habiskan satu kisah. Bolehlah tengok2 tajuk cerpen dalam antologi ni. Cerpen saya bertajuk Suci Sekuntum Dahlia.
Nak tahu apa kisahnya? Kenalah beli satu buku. Harga RM23 tak masuk kos pos. 
WhatsApp saya utk pembelian. 0178847544.

Oh, ya! Penanda buku tu ada 50 je lagi. kalau berminat, saya memang bagi percuma kalau beli satu buku. Nak lebih, kena beli lebih bukunya. hihi. =)


8 Sept 2016

REVIEW PEMBACA ANTOLOGI CERPEN BEBAS

Assalamualaikum.

Apa khabar semua?

Pagi ni saya nak kongsi sikit review daripada seorang pembaca Antologi Cerpen BEBAS. 
Katanya, sementara tunggu waktu zohor~~~ tak rugi beli buku ni....best. dari 10 bintang kakteh bagi 9 bintang. 

Wah! 9 Bintang tu.jangan main-main. bukan semua buku dapat markah macam tu tau daripada pembaca. Apa tunggu lagi? dapatkan segera Antologi Cerpen Bebas ini dan BEBASkan dirimu!

7 Sept 2016

REVIEW DARIPADA PEMBACA ANTOLOGI CERPEN BEBAS

Terima kasih, Kak Teh. Sebab sudi beli buku ida. Terima kasih juga atas sokongan yang diberikan.
Kata Kak Teh, tak rugi baca sampai dia sayang nak habiskan baca satu buku tu. Banyak kisah menarik.
Nak merasai pengalaman membaca yang sama dengan Kak Teh? Boleh je. Beli buku Antologi Cerpen Bebas, anda akan dapat merasai pengalaman membaca seperti ini. Ada cerita yang buat kita berfikir mengenai kehidupan. 
Apa tunggu lagi? Buat tempahan sekarang! WhatsApp saya di 0178847544. Harga buku RM23. tak termasuk kos pos.
p/s: 50 pembeli terawal akan dihadiahkan penanda buku yang comel sangat hasil kerja @mjcraft


6 Sept 2016

PEMBELI BERTUAH!

Terima kasih kerana sudi membeli Antologi Cerpen Bebas ni. 
Terima kasih juga kerana menyokong saya. Terharu rasanya. 
Sebagai tanda terima kasih, saya hadiahkan penanda buku yang comel hasil kerja tangan @mjcraft. 
Siapa lagi nak beli? Stok terhad tau. Cepat2 buat pembelian anda.
Harga hanya RM23. Kos pos RM7.
WhatsApp saya di 0178847544 untuk pembelian.
Jadikan membaca satu budaya.

4 Sept 2016

ISI MASA LAPANG ANDA DENGAN MEMBACA ANTOLOGI CERPEN BEBAS

Hujung minggu tak ke mana-mana? Haaa. bolehlah luangkan masa dengan membaca.
Tak tahu nak baca apa? 

Bacalah Antologi Cerpen Bebas. Dalam satu buku ada 20 kisah. Kalau baca novel, lama sangat nak tau 'ending' cerita. Boleh La sambil kemas Rumah, rehat baca satu kisah. Sambung basuh kereta, rehat baca satu lagi kisah.. Dalam antologi ni, ada pelbagai kisah realiti masyarakat. Takde cerita macam drama TV tu. Kisah yang dekat di hati kita. Tak rugi anda membacanya.
Harganya berapa? Murah je. RM23 sahaja. Buku ni boleh simpan sampai bila2 asalkan dijaga dgn elok. Kos pos kena tanggung sendiri ya sebab saya tak sediakan khidmat penghantaran. Terpaksa minta posmen hantarkan. he he.
Apa tunggu lagi? Tempahlah sekarang. Eh, lupa nak bgtahu. 50 pembeli terawal akan dihadiahkan dengan penanda buku buatan tangan yang comel lote hasil kerja @mjcraft
Buku dapat, cenderahati dapat. Seronok kan?
Jangan baca je. Cepat2 WhatsApp saya di talian 0178847544.
Jadikan membaca sebagai budaya.<3 span="">


1 Sept 2016

MEMBACA MENAMBAH ILMU!

Bahagia dapat membaca. ilmu bertambah, minda pun bercambah. 
Jadikan membaca satu budaya.
Tapi, pastikan bahan bacaan yang kita baca tu bermanfaat.