21 Sept 2016

TERIMA KASIH PEMBACA & PEMBELI

Dah beberapa hari tak 'update' pasal #antologibebas 
Alhamdulillah. Sokongan daripada ahli keluarga Dan kawan2 tak putus-putus. Impian menjadi kenyataan. Bukan mudah untuk menghasilkan satu bahan Penulisan lagi-lagi kalau itu adalah karya kreatif dan fiksyen. Kadang-kadang, satu cerpen pun boleh ambil masa dua tiga minggu untuk siap apatah lagi novel. Setiap karya yang terhasil memberi satu kepuasan kepada penulis jika ada pembaca yang sudi membacanya Dan memberikan pandangan

Setiap karya adalah identiti penulis. Setiap karya adalah kisah penulis. Ilham daripada Tuhan adalah anugerah untuk penulis. Penulis memberi pengaruh besar kepada pembaca. Karya penulis harus memberi impak positif kepada pembaca. Itu tanggungjawab penulis. Bukan mudah untuk menjadi seorang penulis. Hargailah Setiap karya mereka. 

Terima kasih kepada anda yang telah mendapatkan naskhah Antologi Cerpen Bebas. 
Kepada yang berminat, anda masih boleh dapatkan antologi ini daripada saya terus. 
Harga? Masih RM23 + kos pos RM7. 
Penanda buku? Masih ada tapi terhad. Percuma sahaja sebagai tanda penghargaan saya untuk sokongan anda. Cepat-cepat beli! 
WhatsApp saya 0178847544 atau DM di sini.

'Jadikan membaca satu budaya'
#antologibebas
#syahidahassan
#KTR


No comments: