20 Feb 2017

KHALIFAH YANG TERTANGGUH

Khalifahku

Khalifah adalah pemimpin. Pemimpin bukan sahaja seorang pemimpin untuk pasukan tetapi boleh jadi pemimpin untuk diri sendiri. Setiap orang adalah pemimpin untuk dirinya sendiri. 
Apa tujuan kita diwujudkan? 
Untuk menjadi khalifah di muka bumi.
Perlukah ramai khalifah?
Khalifah yang dilantik itu tak perlu ramai. Tetapi, jiwa sebagai khalifah itu perlu ada dalam setiap hati manusia. 
Kenapa? 
Kerana kita diamanahkan untuk mentadbir bumi sebaik-baiknya.
Sangat rugi jika kita gagal memimpin diri sendiri.

Jadilah khalifah walaupun perlu ditangguh, jangan langsung tiada dalam dirimu.


Ini khalifahku, Yusuf. Khalifahku yang tertangguh. Semoga membesar dengan sihat dan menjadi khalifah untuk dirimu dan seisi dunia. In shaa Allah. 
Khalifahku. Yusuf bin Aiman. Jadilah seperti Yusuf a.s. Tabah dan sabar menghadapi pelbagai dugaan. Teguh imannya. Takut melakukan dosa. Taat kepada pencipta-Nya. Ketabahan Yusuf a.s. mengangkatnya menjadi Khalifah Mesir di zamannya. Semoga anakku menjadi khalifah di zamannya. 


#khalifahyangtertangguh
#syahidahassan

No comments: