21 Feb 2017

KURSUS E - DAGANG SITEC

Selangor Information Technology E-commerce Council (SITEC) ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2015. Kami menganjurkan siri seminar yang bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan berkaitan e-dagang bagi perusahaan kecil dan sederhana. Kami juga akan menjadi tuan rumah bagi majlis forum dan panel perbincangan serta mengundang beberapa orang usahawan e-dagang yang telah berjaya dan cemerlang untuk berkongsi kisah suka duka & pengalaman mereka dalam dunia e-dagang. Kami berharap ia akan menjadi pemangkin kepada perusahaan tradisional serta para peniaga untuk membangunkan perniagaan mereka sehingga berjaya dalam perniagaan online agar dapat membantu Selangor untuk kekal di barisan hadapan bagi pertumbuhan sosial-ekonomi dan perkembangan pesat dalam e-dagang.
Penganjur: SITEC
Disokong oleh: Invest Selangor
Tarikh: 21 Feb 2016 | Selasa
Masa: 1:30PM - 4:00PM
Bayaran: Percuma
Tempat: SDCC (Selangor Digital Creative Centre)
Alamat: E-28-1, Jalan Multimedia 7/AG, City Park, i-City, 40000 Shah Alam, Selangor. (Peta)
Aturcara
13:30 Sesi Pendaftaran
14:00 Pengenalan SITEC
14:05 Jurulatih / Fatin Fadila (Pengurus Online 100, SITEC)
14:45 Penceramah 1 / Chong Lee Kean (Pengasas Bersama & Pengarah Pembangunan Perniagaan, iPay88)
15:15 Penceramah 2 / Andy Roy Sian (Penolong Timbalan Presiden, Pembangunan Perniagaan eDagang, Pos Malaysia Berhad)
15.45 Info Pasaran / 1.iJual.my 2.Grab for Work
16.55 Sesi Fotografi
16.00 Jamuan Ringan dan Sesi Berinteraksi
-Tamat-
* Kelas ini akan dijalankan dalam Bahasa Malaysia.
Siapakah yang patut hadir? 
Para peniaga e-Dagang, Penyelenggara Teknologi Maklumat & Internet, Peniaga Kecil & Sederhana, Peruncit, Kedai Rantaian dan sebagainya.
Pertanyaan & Pendaftaran:
Laman Web: https://sitecec102bm.eventbrite.com
Emel: ecclass@sitec.com.my
Tel: 012-6705026 (Mr. Loke), 012-8476768 (Ms. Amira)

SUMBER: SITEC, 2017







No comments: