8 Mar 2017

WANITA IDAMAN SYURGA

Selamat Hari Wanita
8 Mac 2017
🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷
Istimewa buat semua wanita di dunia. Wanita-wanita dalam hidupku.

WANITA IDAMAN SYURGA
Tangan halusmu membelai lembut pipi ini
Mengusir seribu duka yang menghantui diri
Menyapu luka yang dalam.

Bibirmu mengukir senyuman
Mekar bak mawar
Walau dilingkari duri
Duri - duri kehidupan
Menyakitkan dirimu
Tiada dikau takuti
Malah mampu berkembang
Mewarnai dunia.

Tanpa getar dikau melangkah
Tanpa gentar dikau menyanggah
Demi orang yang kau sayangi
Dunia ini kau harungi
Dikau adiwira penyelamat dunia.

Apalah dunia tanpa wanita?
Kerana wanita itu dunia hidupnya lelaki
Apalah hidup tanpa wanita?
Kerana wanita itu nyawa lelaki.

Dikau ciptaan istimewa
Terlahir dari kasih
Tercipta dari sayang
Rabbul Alamin
Syurga buatmu, wanita.

Nurul Syahida Hassan
Shah Alam
080317

puterisamraa.blogspot.com
#happywomensday
#hariuntukwanita
#wanitaidamansyurga
#syahidahassan

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

No comments: