16 May 2017

TERIMA KASIH, CIKGU!

SAMBUTAN HARI GURU 16 MEI 2017. 




Setiap tahun, kita menyambut Hari Guru sebagai tanda mengenang jasa dan pengorbanan guru - guru yang mendidik anak bangsa. 

Sejarah pengisytiharan hari guru ini bermula pada 16 Mei kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu (maklumat dari Kementerian Pendidikan Malaysia)

Profesion sebagai guru bukan tanggungjawab yang mudah. Bukan satu pekerjaan yang enteng untuk mendidik jiwa manusia apatah lagi hati manusia seumpama ombak di lautan. Hanya yang berhati cekal sahaja mampu menjalankan tanggungjawab dan menggalas tugas sebagai pendidik.


'GURU PEMBINA NEGARA BANGSA'




Oleh itu, sebagai mengenang jasa guru - guru, saya terbuka hati untuk memberi diskaun kepada guru - guru yang ingin membeli antologi cerpen bertemakan profesion keguruan iaitu Antologi Sajak dan Cerpen GURU SUMBER ILHAM dan diskaun kepada sesiapa yang berniat untuk menghadiahkan antologi ini kepada guru mereka. 


No comments: