Abahku berpesan,
Sewaktu
aku masih dalam dunia fantasiku,
Untuk
tidak menangis di kala aku terjatuh,
Malah
harus bangkit untuk terus bermain semula.
Abahku berpesan,
Di
saat aku telah menginjak dewasa;
Sewaktu
aku di alam namanya persekolahan,
Untuk
tanamkan satu benih cita-cita di taman hatiku
Dan
berusaha gigih membajainya
Agar
ia merimbun sehijau belantara kehidupan.
Abahku berpesan lagi,
Kerana
aku telah menoktahkan zaman persekolahanku.
Pesannya;
“Anakku, jangan hentikan pencarianmu setakat di sini sahaja,
Perjalananmu
masih jauh,
Menara
gading masih belum kau daki.”
Abah memberi pilihan
buatku;
Untuk
memilih kerjaya atau menimba ilmu sebelum bekerjaya?
Lalu
aku memilih
Untuk
memulakan langkah lembaran hidupku
Dengan
memasuki gedung ilmu warisan
tinggalan
pahlawan Melayu terbilang.
Semangat wira Melayu
telah meresapi hatiku yang merah,
Walau kini abah telah
tiada,
Walau tiada lagi amanat
emas buatku,
Aku tetap memegang utuh
amanat abah ini,
Kerana kata-kata akhirnya,
“Ilmu tiada di pasar
atau di took,
Ilmu perlu dicari,
digali, diraih
Kerana ilmu adalah
harta yang akan membela
Nasibmu dan anak cucumu
nanti, anakku.”
Abah, amanatmu ini
Akan kujadikan azimat
Bagi menggenggam
segulung cita segunung impian.
08
DISEMBER 2012
No comments:
Post a Comment