Terdengar
sayup-sayup suara
Sang
pawana
Membisikkan
kata rinduku
Kepadamu…
Dalam
keheningan ini
Sejenak
aku teringat
Detik-detik
indah dan lara bersamamu
Terdengar-dengar
di cuping telingaku
Kata-kata
nasihat dan harapanmu terhadapku
Gurau
senda dan amarahmu
Amanat
dan ajaranmu
Semua
itu masih tersimpan rapi
Di
dalam kotak kalbuku
Masih
erat dalam dakapanku
Masih
terpelihara dalam sanubariku
Wahai
abah!
Walau
kini senyum tawamu tidak lagi kedengaran
Walau
kini amarahmu tidak lagi bergetaran
Walau
kini amanatmu cuma dalam ingatan
Walau
kini wajahmu hanya dalam mimpi dan angan
Namun,
aku tidak akan pernah lupakan
Kerana
kau adalah abahku.
Semoga
kau tenang di sana
Di
sisi Yang Maha Esa
Semoga
kita bertemu lagi
Di
Arasy-Nya
Di
Jannah-Nya…
13 Oktober 2012