PROMO BENGKEL PENULISAN
21 Jan 2013
BATIN YANG TERSIKSA
Kau hadir ketika aku dalam kegelapan
Hadirmu memberi sinar cahaya
Umpama rembulan menerangi malam yang suram
Perlahan-lahan
Dirimu mencuri hatiku
Dalam diam tanpa aku sedari
Hatiku kini telah berada
Dalam genggamanmu
Aku kini tidak lagi seperti dulu
Aku kini bukan lagi diriku yang dulu
Tangisku kerana rindukanmu
Senyumku kerana terkenangkanmu
Resahku kerana kesedihanmu
Batinku tersiksa
Tatkala kau melangkah pergi
Tanpa kata tanpa berita
Kebisuanmu mendera perasaan ini
Kehilanganmu menyiksa jiwa ini
Wahai kasih
Jika ini akibat racun cintamu
Kau jadilah penawar racun ini
Ubatilah batinku yang tersiksa ini
kerana terlalu mencintaimu....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment