11 Jan 2013

JANJI

Mengikat janji sungguh mudah
umpama menyimpul lembaran sutera halus
tetapi mengotakannya sungguh payah
umpama sutera yang tersangat halus;
walau disimpul rapi tetap akan terurai jua...

mengapa berjanji jika tidak mahu menepati?
mengapa memberi harapan jika semua itu hanyalah harapan?
mengapa memberi cahaya jika akhirnya berselindung di sebalik awan gelap?
mengapa mekar menawan jika akhirnya layu dijambangan?
oh, mengapa?


usahlah ditabur janji yang tidak benar
jika niatnya untuk meracuni
usahlah dikau menanam ikrar nista
jika akhirnya penderitaan yang kutuai
jiwa ini gersang, hati ini kering
menunggu hujan harapan yang dikau janjikan
malangnya kemarau berpanjangan.

usahlah dikau berjanji lagi kepadaku
tiada gunanya lagi
diri ini sudah mati
diracuni oleh tuba janji
janji palsumu...

11 Januari 2013
2.56 p.m.
Shah Alam
 

No comments: