11 Jan 2013

RINDU


bayu berpuput lembut
menyapa aku
membawa perkhabaran cinta
dari dia yang istimewa
si jantung hatiku..
khabarnya
dia juga merinduiku
cuma belum ada kesempatan
untuk menyatakan isi hatinya
khabarnya lagi

bersabarlah dahulu
kerana Dia yang berkuasa ke atas kita
jika kehendaknya
sama seperti kehendak kita
maka tidak perlu
bayu menjadi perantara buat kita
dia juga berpesan kepada sang bayu
menyatakan cintanya kepadaku
seikhlas cinta Rasulullah buat Saidatina Khadijah
seluhur kasih Shah Jehan kepada Mumtaz
sesuci hati Adam terhadap Hawanya...
pesannya lagi
jika dizinkan-Nya
ingin dibina istana indah
sebagai singgahsana buatku
di atas kayangan
sebagai tanda cintanya buatku...
oh, bayu...
sampaikanlah pula salam kasih dan cintaku kepadanya
si dia yang bertakhta di hati ini....

11 Januari 2013
2.50 p.m.
Shah Alam

No comments: