2 Feb 2013

monolog hati

 duhai hati
rasa apakah ini?
getar apakah ini?
mengapa kurasa angin yang berhembusan ini seperti gemersik suara?
mengapa kulihat bulan seperti kulihat sebuah cermin?

rasa apakah ini wahai hati?
jawablah wahai hati, jawablah.
tidak senang aku dibuatnya.
tidurku tidak selena dahulu,
mimpiku tidak seenak dahulu,
siangku tidak seperti dahulu.
aku gelisah tiada musabab
aku resah tidak keruan
duhai hati
jika kau tahu apakah yang sedang berlaku ini
biarlah aku mengetahuinya
jangan dirahsiakan dari diriku
kerana aku sudah bukan diriku sendiri
aku bukan aku
bukan diriku lagi...

No comments: