Kutermenung di jendela
Melangoi menatap bulan
Sinarannya terang
Menerangi kegelitaan
malam ini.
Sejenak aku terkenang
Saat-saat indah
bersamamu
Pada waktu dahulu
Bersama kita berlari
Seiring kita berjalan
Meredah onak dan duri,
Berkongsi pengalaman
hidup
Bercerita tentang
cita-cita dan harapan
Sehingga akhirnya kita
jatuh cinta
Tujahan panahan berbisa
asmara cinta
Indahnya saat itu
Kala itu
Tiada sunyi, tiada
ragu,
Tiada syahdu, tiada
sendu.
Kerana kau sentiasa ada
Disisi menemani.
Namun kini
Aku hanya mampu
Mengimbau kembali
memori indah
Ketika bersamamu
Kerana engkau sudah
tiada lagi disisi.
No comments:
Post a Comment