2 Apr 2013

TAHUKAH KAU.....





Wahai kasih,
tahukah dikau
bahawa dirimu bagiku
umpama sungai yang mengalir
tiada hentinya
membawa aku ke samudera cintamu...

tahukah dikau wahai kasih
dirimu umpama sang bayu
yang berpuput lembut
menyapa wajahku
membawa aku terbang bersamamu
meneroka angkasaraya...




kekasih...
tahukah dikau
dirimu kuumpamakan sebagai pepohonan
yang menjadi tempatku berteduh
dari pijarnya cahaya mentari
yang menjadi tempatku bersandar
untuk menghilangkan kelelahan ini...

oh kasihku,
tahukah dikau
bahawa cintaku kepadamu
teguh seteguh Tembok China
sedalam Lautan Pasifik
seluas langit biru yang tidak bertiang.

cintaku bukan untuk sesaat,
cintaku untuk selamanya...

5.10 pm
1 APRIL 2013

No comments: