20 May 2013

RINDU BERTAMU DIHATI






menitik air mata
hangat!
menghangati pipiku ini.
tanpa aku sedar
aku menangis
tanpa aku tahu
apa puncanya...

hati terasa sungguh kosong
jiwaku terasa kehilangan
batinku kegersangan, kehausan
namun tiada kepastian
apa puncanya...


kuseka air mata yang mengalir
kupandang keluar
melihat alam
merenung masa silam
bermuhasabah diri
kembali ke relung waktu lalu
meneliti kembali
diri ini
 mencari titik punca
kegalauan hati ini.

sejenak aku temui
jawapannya.
kekosongan ini kerana tiadanya isi hati Ilahi
kegersangan ini kerana keringnya tasik cinta-Nya
kegalauan ini kerana kehilangan cahaya-Nya

aku dambakan
Nur dan Kasih-Mu
wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemberi
ampunkan aku
kerana terlupa
kerana terleka
kerana terlalai
aku khilaf, Tuhan
aku khilaf...

Wahai Tuhanku,
aku dambakan kasih sayang-Mu
aku rindukan saat bersama-Mu

pimpinlah aku ke jalan-Mu
ke jalan yang kau redhai...

Hasbi Rabbi Jallallah
Ma Fi Qalbi Ghayrullah
Nur Muhammad Sallallah
Lailaha Illallah


No comments: