Rindu ini
Mencarik – carik hatiku
Menjadi cebisan daging
Yang tiada serinya.
Aku bukan diriku lagi
Mataku hanya terlihatkan
dirimu
Refleksi wajahmu memenuhi
ruang penglihatanku
Terpancar di kaca kornea
mataku
Hanya wajahmu.
Tidurku terasa sangat
panjang
Kerana ada dirimu
Hadir di setiap mimpiku.
Untuk bersamamu di
singgahsana istana yang kita bina
Di alam impian.
Seleraku tersekat
Hidangan yang dijamu tidak
tertelan
Kerana ada wajahmu
Di setiap butiran nasi yang
terhidang.
Air yang menyirami tubuhku
pula
Tidak sedingin biasa
Terasa hangat
Mencucuk liang – liang
romaku.
Ah! Tidak tertahan rasanya
Menanggung kerinduan ini.
Aku mahukan penawar
Pengubat rindu
Sakit rindu kepadamu.
No comments:
Post a Comment