5 May 2015

APABILA MATA KUBUKA

Apabila mata kubuka,
Kulihat dunia yang penuh warna-warni
Penuh dengan pelbagai hikayat
Ibarat kanvas putih yang dilakari,
Diwarnai, diconteng
Dengan aneka warna kehidupan…
Seketika itu,
Aku tersedar tentang diriku sendiri
Aku tersedar tentang hidupku ini
Dan aku tersedar akan makna kehidupan ini.
Hidup ini ibarat buah nenas
Yang tampak hodoh dan pahit
Tetapi sebenarnya ada masam dan manisnya…


Apabila mata kubuka,
Aku mulai mengerti makna hidup ini,
Walau dimana kita berada,
Siapa diri kita dan pada bila-bila masa pun
Kita tetap menuju pada Yang Satu
Itulah hakikat kehidupan ini
Aku terpana seketika dengan keindahan dunia
Aku terleka dengan keseronokan dunia
Aku terlupa akan pendirian hidupku di dunia
Aku asyik dan alpa dengan tipu daya dunia
Tempat Adam dan Hawa dicampakkan
Kerana kelalaian mereka yang Cuma
Sebesar hama
Saat itu aku masih belum sedar
Siapa diriku yang sebenarnya…

Apabila mata kubuka,
Aku lihat terlalu banyak sandiwara
Aku tonton terlalu banyak hikayat
Aku saksikan terlalu banyak dongengan
Aku dengar terlalu banyak kisah
Semuanya penuh dengan kemunafikan
Yang tidak akan berpenghujung…
Saat aku sedar akan kekhilafanku itu,
Baruku tahu aku sudah terlewat
Saat itu Izrail sudah berada di depanku
Bersedia untuk membawaku kea lam sana
Menghadap Tuhan pemilik ‘Arasy
Saat ini aku tidak lagi membuka mataku
Kupejamkan mataku yang kudus
Aku tinggalkan kehidupan yang fana ini
Dengan seribu penyesalan…

19 MAC 2008

No comments: