6 May 2015

WAJAH KEKASIH ALAM

Hembusan pawana dingin
Mengusap halus wajahku
Memberi satu ketenangan baru buatku
Aku tertanya sendiri
Kenapa awan berarak?
Kenapa angin berhembusan di udara?
Kenapa lautan bergelora?
Aku melihat lagi untuk mendapat
Jawapan yang pasti…
Aku mengamati lagi sehingga kutemui jawapannya;
Awan yang berarak umpama kapas putih di lautan langit menabir sinar suria
Pawana dingin berhembusan membawa haruman segar bumi
Lautan yang bergelora ibarat kehidupan di dunia.


Dalam keindahan panorama alam ini
Aku sebenarnya mencari satu wajah
Wajah yang sering hadir dalam mimpi-mimpiku
Tidakku tahu gerangan siapakah itu
Wajah itu sering berlegar dalam penglihatanku…

Aku abaikan sahaja dan meneruskan kehidupanku
Menikmati alam indah berwarna-warni
Kulihat awan yang berarak
Seakan-akan menari berlatarkan muzik alam
Alunan bayu yang bertiup lembut
Dan deruan ombak yang menghempas pantai
Membawaku ke suatu alam lain yang mendamaikan…

Seketika wajah itu muncul lagi
Wajah yang sempurna dan berseri-seri
Ibarat suria pagi yang dilatari awan gemawan
Senyuman di mata dan bibir manis wajah itu
Menggamit suatu perasaan ganjil
Oh Tuhan, bawalah daku kea lam yang kamil
Ke alammu yang benar
Wajah molek yang penuh misteri itu muncul lagi
Saat aku bertarung dengan diriku sendiri
Saat aku dipanggil utnuk bertemu dengan-Nya
Saat nyawaku di pangkal kerongkongku
Saat aku pejamkan kedua mataku
Kali ini wajah itu lengkap bertubuh molek
Menghulur tangannya memimpinku ke alam sana
Dengan satu senyuman…
4.58 p.m.

19 MAC 2008 @ 11 Rabiulawal 1428H

No comments: