8 Apr 2017

BENGKEL PENULISAN KREATIF DI SMK SUNGAI MANGGIS

PROGRAM: BENGKEL PENULISAN KREATIF SMK SUNGAI MANGGIS
LOKASI: SMK SUNGAI MANGGIS, BANTING
TARIKH: 8 April 2017
MASA: 9am - 4pm

GURU PENGIRING: PN. AFIDAH NOOR BINTI PAIMAN




Saya dijemput oleh Pn. Afidah Noor untuk mengadakan Bengkel Penulisan Kreatif kepada pelajar - pelajar yang berminat dalam bidang penulisan. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk:

  • Menyuntik semangat pelajar sekolah untuk mendalami ilmu penulisan kreatif
  • menjana minda kreatif pelajar
  • memartabatkan Bahasa Melayu
Saya memulakan pagi itu dengan memperkenalkan diri saya kepada peserta2 bengkel. Pengenalan serba ringkas sahaja sebagai sesi memanaskan badan, menghilangkan perasaan gementar dalam diri peserta bengkel. Saya pasti mereka ada perasaan sebegitu. Mereka memanggil saya, Sis Ida. Kami minum pagi dahulu. Hidangan mihun goreng, kuih donat dan karipap menjadi santapan. 

Pukul 9.40 pagi, sesi pertama dimulakan. Saya memulakan pengajaran saya dengan pengenalan diri saya. Bagaimana saya boleh terjebak dalam dunia penulisan? Terjebak dan terlibat dalam dunia penulisan yang tidak mudah seperti yang disangka. Saya memang suka menulis dan membaca. Sejak dari zaman persekolahan, saya suka menulis. Pelbagai kisah yang saya coretkan.

Selepas itu, saya terus ke topik seterusnya. Jenis - jenis penulisan. Terdapat beberapa jenis penulisan yang ada di dunia ini. Saya sebutkan beberapa jenis untuk pengetahuan mereka.


  • Penulisan laporan / tesis / kertas kerja
  • Penulisan rencana / berita
  • Penulisan iklan
  • Penulisan kreatif (cerpen / novel / puisi / dll)
Untuk bengkel ini, saya fokus kepada penulisan kreatif sahaja iaitu penulisan cerpen dan sajak. Seterusnya, saya kongsikan topik penulisan cerpen. Beberapa elemen yang perlu ada dalam cerpen turut dikongsikan. 



Sesi pertama berakhir pada jam 01.00 p.m. Pelajar diberikan masa untuk berehat, solat dan makan tengah hari sehingga jam 02.00 p.m.



Slot kedua diteruskan pada jam 02.30 p.m. denga topik  penulisan sajak pula.





No comments: