23 May 2017

KOMEN PEMBACA MENGENAI SOULMATE


SOULMATE
KTR PRESS / 198 ms



1) DARI BALIK TIRAI KEHIDUPAN
AZLINA ISMAIL

Marlisa bernikah setelah Hisham bercerai dengan kakaknya; Maznah. Dia korbankan segalanya demi rumahtangga dan demi anak-anak kakaknya itu. Tapi setelah 5 tahun, kakaknya kembali dan konon menuntut kembali hak. Tindakan Hisyam? Keputusan Marlisa?

Permata yang ada di depan mata jika dipersiakan demi mengejar kilauan kaca makanya akan rugilah kehidupan. Best garapan cerita.

bintang? πŸŒŸπŸŒŸπŸŒŸπŸŒŸ

2) BUNTUT KUALI
CEMPAKA HANI

Supiah cantik. Haris yang digelar bontot kuali tertarik dengan Sufiah. Penyesalan pertama bila anak pertama yang lahir awal dari tarikh jangkaan tapi berat semua cukup menyebabkan Haris tahu ada yang tak kena. Pengakuan Sufiah Haris terima bila Sufiah mengaku anak bersama lelaki lain. Tapi bila kali kedua sufiah menyalahgunakan peluang bekerja dengan mengikut lelaki lain ke kelab buat Haris bertindak menceraikannya. 10 tahun bercerai, Salbiah; teman kepada Sufiah mengajak Haris menjenguk Sufiah kerana risau Sufiah dipukul suami. Apa yang berlaku sebenarnya?..

Madu diberi tuba dibalas. Bila tak kenang jasa dan lebih pentingkan kebebasan dunia, lupa apa yang lebih penting. Menarik idea..

bintang? πŸŒŸπŸŒŸπŸŒŸπŸŒŸ

3) KASIH SAYANGKU 
AWEEP ROY

Asyraf amat menyayangi anaknya; Aini. Segala apa kehendak diturutkan. Pada anaknya itu juga diberikan segala bentuk hadiah sehingga ada yang terasa, sehingga ada yang seperti dipinggirkan. sehingga ada yang memisahkan. Lupakah pada diri sendiri dan anak kecil yang begitu sayangkan ayahnya?..

Kalau dah cemburu melampau memang amat bahaya.. Kasih sayang bukan boleh dijual beli... Cantik penceritaan...

bintang? πŸŒŸπŸŒŸπŸŒŸπŸŒŸ

4) SAYANGKU SALMA
NADZ ZUMIERAH

Salma, isteri yang amat panas baran. Suka mengamuk, pemarah. Ibnu, amat sabar melayan kerenah isterinya. Walaupun isterinya kasar, suka menengking dan menghinanya, dia hanya senyum dan menyimpan semua perasaan dalam hati. Tak lupa juga Ibnu selalu berdoa agar isterinya berubah sifat. Kemuncak, Ibnu dibaling pasu hingga mencederakan kerana Salma menyangkakan Ibnu punya perempuan lain. Nasibnya malang kerana kemalangan dan hilang ingatan. Adakah Ibnu masih menerima dirinya?..

Isteri, harus taat dan hormat pada suami. Suami pula harus mendidik isteri dengan cara yang baik. Masing-masing punya peranan dan janganlah salah guna kebaikan pasangan. Idea yang amat menarik...

bintang? πŸŒŸπŸŒŸπŸŒŸπŸŒŸ

5) 7 HARI TANPA CINTAMU 
NUR SUFFIANA

Iza keluar dari rumah setelah Zul mengasarinya. Dia makin tidak tahan dengan sikap Zul. Lalu ambil keputusan untuk meminta fasakh. tapi, semakin kenangkan kenangan lama, hatinya makin sedih..

Antara suami isteri sebenar tidak perlu ada ego. Bertolak ansur demi keharmonian rumahtangga... Agak lompong sedikit tapi penyampaian agak baik..

bintang? πŸŒŸπŸŒŸπŸŒŸ

6) KHILAF
M.S.RINDU

Diana, menyambung pengajian sarjana di UKM, berjauhan dengan suami di medan. Dia rapat dengan pensyarah di UKM. Ke mana-mana saja selalu bersama dengan Dr. Mansor. Ada yang melihat, ada yang memandang tapi tidak menjadi buah mulut kerana hubungan mereka terbuka. Kembali Diana semula ke UKM melanjutkan pengajian ke peringkat PHD menemukan kembali dengan Dr. Mansor dan hubungan rapat itu sampai ke pengetahuan Ismail, suami diana. Mereka berselisih faham...

Janganlah gunakan kebebasan yang diberikan suami atau isteri sewenangnya. Jaga nama baik dan jangan biarkan terjadinya fitnah akibat perbuatan sendiri. Olahan bersahaja oleh penulis...

bintang? πŸŒŸπŸŒŸπŸŒŸ

7) MOTOKAR RAZI
SYAHIDA HASSAN

Razi baru dikurniakan cahaya mata yang pertama. Walaupun gembira dengan kehadiran orang baru dalam keluarga tapi Razi memilih untuk mementingkan aktiviti harian dari duduk mengadap anak yang baru dilahirkan. Kegilaan utamanya terhadap kelab kereta. Dia sanggup menggunakan duit yang isterinya amanahkan untuk kegunaan anaknya ke pengubahsuaian keretanya. Sedih Safiyyah bila suaminya tidak jujur.

Kadang-kadang perkara luar macam ni memang boleh memporakperandakan rumahtangga. Menarik sekali idea yang diketengahkan oleh penulis...

bintang? πŸŒŸπŸŒŸπŸŒŸπŸŒŸ

8) CINTA TAK SEMPURNA
NORILLAH ABDULLAH HASHIM

Ain bergelut dengan rasa hati bila suaminya meminta izin untuk berkahwin lagi. Di kala suaminya, kamal bertugas luar, dia bertemu dengan Wardah untuk berbicara. Wardah konon berjanji tidak akan menuntut bukan- bukan. Adakah Ain percaya dengan janji Wardah. Adakah Kamal akan teruskan niat walaupun punya isteri yang cukup baik? Adakah itu cinta?

Ikut hati, mati. Rasional dalam segala tidakan, itu yang penting dalam hubungan. Menarik penyampaian..

bintang? πŸŒŸπŸŒŸπŸŒŸπŸŒŸ

9) TAMSIL ZAINAB
NURIMAS SM

Diaz dijodohkan dengan Siti Baniaz oleh keluarga mereka. tapi ada hati yang terpaut rupanya pada isteri orang itu. Al-amin walaupun terpaut hati pada isteri anak buahnya tapi dia terpaksa memendam rasa. Tanpa di sangka, Siti Baniaz pun punya perasaan yang sama...

Hubungan kekeluargaan amat penting. Tapi hubungan hati juga perlu dijaga... Baik penyampaian penulis..

bintang? πŸŒŸπŸŒŸπŸŒŸ

10) KAU MILIKKU JUA
ROHA MUDA

Intan menerima untuk menjadi isteri kedua Tengku Safuan bila madunya Tengku Norhayati sendiri datang meminangnya. Sangkanya bermadu manis, tapi Tengku Norhayati sendiri mula tunjuk belang. pelbagai kata nista yang dilemparkan sehingga waktu suami bersama Intan dicuri oleh Tengku Norhayati dengan alasan dia mengandung. Tapi, bila Tengku Safuan hilang, dalam bergaduh mereka mula rapat..

Bermadu ni banyak dugaan. Isteri terutama kena redha dan suami mesti adil. Cantik susunan cerita..

bintang? πŸŒŸπŸŒŸπŸŒŸπŸŒŸ

11) YANG AKU SAYANG
ROSE ALEYNA

hani diceraikan han dengan alasan kesukaran dia mengandung. Han kononnya putus asa menceraikan sewaktu dia habis pantang dan dengan bangga muncul bersama bakal isteri, maira. Hani memendam luka, sewaktu dia berpantang pun, han sudah berani naik tangan. Mak abahnya tak mahu melihat anak mereka berduka. Bahagiakah hani dengan jodoh pilihan ibu bapanya?..

Jangan mudah nak menyalahkan takdir Allah lukiskan cantik untuk umatnya. Redha dan sentiasa bersyukur. Suka dengan idea dan olahan cerita cik puan penulis...

bintang? πŸŒŸπŸŒŸπŸŒŸπŸŒŸ

12) DIARI JULAI TERAKHIR 
QAY ELFANSURI

buat yang berkahwin semestinya anak adalah impian utama. bila lambat, hati mula lah gundah gulana. Terutama buat isteri, jika punya penyakit, ianya menjadi satu igauan buruk. 'aku' redha segalanya. Tapi isterinya amat tabah. Selepas punya anak, ujian lain pula menimpa. Lepas satu persatu sakit datang menimpa... Mampukah mereka menerima ujian dengan lapang dada?..

kesakitan yang diberi, penghapus dosa. Sama ada redha dan tabah atau berkeluh kesah.. suka dengan cara penyampaian cerita..

bintang? 🌟🌟🌟

13) SELUMBAR 
NOR CAHAYA

waktu bercinta semua manis belaka. Setelah berkahwin sam mula menunjukkan belangnya. Kasar, panas baran, hilang semua sifat baik yang ditonjolkan awal perkenalan dan awal perkahwinan. Bila anak masuk dua orang, lagi buruk tingkah laku. Segala janji hanya palsu belaka. Aisyah diceraikan. Aisyah bertindak demi anak-anak...

Manusia boleh berubah, dari yang kurang elok kepada yang lebih baik. Terpulang pada niat diri. Idea yang amat menarik..

bintang? 🌟🌟🌟🌟

14) DOA BUAT DHIA
ENGKU MUZAHADIN

dhia, gadis yatim piatu yang benci pada lelaki. Dari pembacaan diari arwah ibunya, ayahnya lelaki yang amat kejam dan ibunya mangsa cemburu buta. Bila ilham hendak dijodohkan dengannya, dia berasa amat marah. Baginya, perkahwinan itu penderaan buat kaum isteri..

Kita tak boleh nak samakan sifat manusia. Semuanya berbeza. Jangan meletakkan kesalahan orang lain pada manusia lain yang kita tak kenal pun hatibudinya. Cantik luahan idea dan penceritaan oleh penulis...

bintang? 🌟🌟🌟🌟

15) UTUH 
DEANA APRIL

balqis memilih faqir walaupun faqir muda darinya dan walaupun faqir tidak punya kerja yang tetap. faqir berniaga tapi sering menerima dugaan dan cabaran dalam berniaga. balqis pula penulis. dia menjadi tulang belakang buat faqir walaupun banyak kata-kata negatif yang dilemparkan..

suami isteri saling melengkapi. dorongan suami isteri sesama sendiri lebih kuat untuk menepis segala anasir negatif. Suka penceritaan ini..

bintang? 🌟🌟🌟🌟

16)MENGGAMIT RINDU
NIDRA

malik dan nabila berumahtangga atas pilihan keluarga. mereka bahagia. namum, dugaan datang melanda. Nabila diserang sakit misteri. ada yang cemburu dengan kebahagiaan mereka. Lepas berubat dan sembuh, dugaan lain pula tiba..

Jodoh pertemuan semua Allah punya kuasa. Macam mana usaha nak memutuskan, selagi Allah kata tidak, maka tidak akan berhasil usaha jahat itu. Suka cerita yang penuh tauladan ini..

bintang? 🌟🌟🌟🌟

17) ISTANA PASIR 
DHODHENN RASA

rafizah tidak suka bersuamikan nasruddin walaupun ditunangkan makan masa 4 tahun. Ada saja perkara yang menyakitkan hati yang dibuat oleh rafizah agar nasruddin membebaskannya. Bila dah terlalu dihina termasuk ditipu bila tahu yang rafizah punya anak tak sah taraf.... tindakan nasruddin?..

Kita manusia jangan terlalu mencabar, jangan terlalu menduga. Adakala yang kita benci itulah akan menjadi paling kita harapkan.. Idea yang baik dan punya pengajaran yang amat mendalam..

bintang? 🌟🌟🌟

18) GUGURNYA YANG BERTABURAN
AMIR ROZA

amrizal tidak membenarkan amelia bekerja. bagi amrizal, dia mampu menyediakan segalanya. amelia patuh cuma agak ralat dengan sebab kenapa amrizal tidak membenarkan dia bekerja. amrizal kemalangan, dia koma. amelia bekerja untuk menampung segala belanja. sedar dari koma, amrizal marah. betapa egonya dia..

niat hati untuk membantu suami kena betul. suami pun jangan terlalu ego. idea dan olahan yang cantik..

bintang? 🌟🌟🌟🌟

19) KEPADANYA KAU PERGI

aiman mahu bertaubat. tapi bila asyik dikerah dan diminta duit oleh isteri yang biasa mewah dan mahu menyediakan persiapan berhari raya, dia bertindak meninggalkan rumah dan pergi mendalami agama dan mahu memohon keampunan. atas nasihat ustaz farid, dia pulang.. Pulang ke mana?..

rezeki bila tidak dicari dalam keadaan keberkatan dan tidak dihalakan ke arah keberkatan maka akan pantas hilang. Hidup bersederhana adalah paling bijak. Cuma, jangan abaikan tanggungjawab pada keluarga. Karya tuan penyelenggara yang amat ringkas tapi menusuk jiwa...

bintang? 🌟🌟🌟🌟

KESELURUHAN: koleksi karya kehidupan berumahtangga yang memang banyak pengajaran. Disampaikan dan diolah secara santai tapi sampai semua tauladan yang diserap dalam cerita. Tahniah buat tuan Khairy Tajudin sebagai penyelenggara dan buat semua penulis yang terlibat. Anda semua hebat!

Bintang keseluruhan? 🌟🌟🌟🌟

ULASAN DARIPADA: OGY YUSOF

No comments: