26 Nov 2017

MAJLIS PELANCARAN BUKU TRIBUNAL CINTA & SUARA KEKASIH


MAJLIS PELANCARAN BUKU TRIBUNAL CINTA DAN SUARA KEKASIH TERBITAN PENA PADU

Grup Penulis Pena Padu telah menganjurkan Majlis Pelancaran Buku Tribunal Cinta dan Suara Kekasih pada 25 November 2017. Majlis ini diadakan di ruang parkir Perpustakaan Awam Hulu Langat, Bandar Baru Bangi, Bangi. Majlis yang serba ringkas ini dimeriahkan dengan kehadiran 16 orang penulis dari ketiga - tiga buah buku bersama ahli keluarga mereka dan beberapa jemputan khas. Antara penulis yang hadir memeriahkan majlis termasuklah Nurimas SN, Ilham Pujangga, Zaleena E-naa, Nurul Syahida Hassan, Yong Corner Corner, CT Nurza, Sodagar Katcja, Paridah Ishak, Rosmieni Che’ Mat, Rosmiena Che’ Mat, Fisal Md Hashim, Hasny Yanti, MS Rindu (Mohamed Salleh Lamry) dan AC Jaffrie selaku pengasas Pena Padu.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah penulis Zarir Ali, Nurul Aiza, Siti Ishah dan ahli keluarga penulis. Dalam majlis ini, Tuan Yassin Salleh; sutradara filem terkenal diundang untuk merasmikan majlis manakala Tuan Abang Patdeli Abang Muhi pula dijemput khas untuk mengulas sedikit karya yang terdapat dalam naskhah kembar Suara kekasih. Yassin Salleh mengucapkan syabas atas usaha para penulis yang giat menghidupkan dunia sastera melalui penulisan dan beliau turut berbangga dengan kegigihan para penulis bersatu – padu dalam penghasilan tiga naskhah buku tersebut.
Gimik perasmian menghangatkan suasana majlis yang turut disaksikan oleh pengunjung perpustakaan terbabit. Yassin Salleh memotong kek pulut kuning sebagai simbolik perasmian tiga buku dan semua hadirin menyaksikan tiga orang kanak – kanak lelaki lengkap berbusana Baju Melayu membawa masuk tiga buku dan menyerahkan buku tersebut kepada beliau.
Suasana majlis dimeriahkan dengan persembahan daripada beberapa orang penulis. Usai persembahan, semua penulis dan tetamu jemputan mengambil gambar kenangan. Majlis ini turut menyaksikan beberapa orang penulis menerima anugerah khas daripada pihak penyelenggara buku. Sekalung tahniah diucapkan kepada penulis serba boleh, CT Nurza yang menerima Anugerah Penukil Versatil, TUNZA pula menerima Anugerah Presentasi Terbaik manakala Nurul Syahida Hassan dianugerahkan Penulis Komitmen Terbaik. Penyelaras antologi turut memilih dua orang penulis terbaik dalam dua naskhah Suara Kekasih iaitu cerpen karya Franco Morrow dan MS Rindu.


GAMBAR PROGRAM















No comments: