19 Dec 2017

BENGKEL PENULISAN DAN PENYAMPAIAN SAJAK ANJURAN KEMUDI



17 Disember 2017
BENGKEL PENULISAN DAN PENYAMPAIAN PUISI
Pada 17 Disember 2017, Persatuan Penulis dan Kebajikan Negeri Selangor (KEMUDI) telah menganjurkan Bengkel Penulisan dan Penyampaian Puisi bertempat di Pejabat Majlis Kebudayaan Negeri Selangor, Shah Alam.
Bengkel penulisan yang dikendalikan oleh SMahadzir atau nama penuhnya Syed Mahadzir Syed Ibrahim dihadiri oleh 22 orang peserta yang terdiri daripada golongan pendidik dan korporat.
Bengkel yang berjalan selama satu hari ini diadakan untuk mencari bakat baru dalam dunia penulisan puisi selain mengasah bakat sedia ada. Selan itu, melalui bengkel ini juga, para peserta didedahkan dengan teknik penyampaian puisi yang betul termasuklah ekspresi wajah, kawalan suara dan sebagainya serta perkara - perkara yang dilihat oleh hakim semasa sayembara deklamasi puisi.

Pihak penganjur turut berbesar hati dengan kehadiran Sasterawan Negara ke - 13, Dato' Dr. Zurinah Hassan dalam bengkel ini. Kehadiran beliau menyuntik semangat baru buat semua peserta.
Diharapkan bengkel penulisan ini memberi satu dimensi baru buat semua peserta dan menjadi satu permulaan yang baik buat mereka untuk tahun hadapan. Satu program penutup 2017 yang terbaik dari KEMUDI untuk dunia penulisan dan sastera. Tahniah diucapakn kepada semua peserta.
Setiausaha
Persatuan Penulis dan Kebajikan Negeri Selangor (KEMUDI)
19 Disember 2017


FOTO KENANGAN:






























No comments: