Kasih,
Puisi ini kukarang khas
Buat dirimu
Yang sentiasa bertakhta di
jiwaku.
Tatkala aku membayangkan
wajahmu.
Jantungku seumpama huruf
qalqalah kubra;
Berdetak – detak, bergetar
kencang
Memacu darah ke seluruh
tubuhku.
Merinding aku jadinya.
Kasihku,
Jika nun mati bertemu ‘ain
namanya Izhar;
Jika aku bertemu dirimu, itu
namanya cinta.
Kelembutanmu menawan hatiku
seperti sebutan
Huruf Ya yang lembut.
Kasih,
Mendengarkan namamu sahaja
Nafasku menjadi saktah
Terjeda sebentar.
Walapun diriku seumpama
Idgham Bila Ghunnah,
Wujud tetapi seperti tiada
Namun cintaku ini
Umpama Lam Qamariah; jelas
dan nyata untukmu.
Di Waqaf Mu’annaqah
Akan aku pilih
Untuk sentiasa bersama
dirimu
Bersatu denganmu
Seperti hukum bacaan Idgham
Mutamathilain.
Kasih,
Aku sentiasa bermunajat
Kepada Si Pemilik Cinta
Agung
Untuk menyatukan cinta kita
Menyempurnakan cinta kita
Selayaknya Waqaf Lazim yang
terhenti sempurna.
Kendatipun dikau dan aku
berbeza
Namun cinta kita satu
Bak Idgham Mutajanisain
Berbeza makhraj tapi
bunyinya satu.
Kasih,
Doaku untuk cinta kita
Agar kasih sayang yang
tersemai ini
Tumbuh mekar di taman syurga
Kekal lestari
Seumpama hukum Mad ‘Aridh
Lissukun
Berpanjangan hingga ke
akhirnya.
No comments:
Post a Comment