19 Mar 2017

MENGAPA DASAR BUKU NEGARA DIGUBAL?

Sekalung tahniah kepada penggubal Dasar Buku Negara atas inisiatif untuk membangunkan industri perbukuan dan menggerakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat. 

Untuk menjadi sebuah negara maju, rakyat Malaysia harus menjadi rakyat berilmu dan berpengetahuan tinggi. Budaya membaca perlu subur dalam jiwa setiap rakyat. Kita tidak mahu rakyat ketinggalan dalam era globalisasi yang semakin pesat membangun. 

Pasti ramai yang tidak mengetahui tentang Dasar Buku Negara? Mengapa dasar ini digubal? Dasar Buku Negara ini adalah satu usaha pihak kerajaan untuk menggerakkan budaya membaca dan melahirkan masyarakat yang celik ilmu. Kita mahu melahirkan ramai intelektual dalam pelbagai bidang dalam kalangan rakyat Malaysia. 


Dasar Buku Negara ini digubal pada tahun 1988 bertujuan untuk:

1. Mempromosi buku dalam acara tahunan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

2. Sebagai aktiviti sempena Tahun Melawat Malaysia.

3. Untuk menanam minat membaca terutamanya dalam kalangan belia, remaja dan kanak - kanak agar mereka mencintai buku dan suka untuk menimba ilmu.

4. Untuk menambah nilai estetika kepada buku - buku langka yang berharga dan mempunyai nilai sepanjang hayat sebagai bahan rujukan, koleksi atau sejarah. 

5. Untuk menggalakkan hobi membaca dalam kalangan rakyat dan menyokong program 'kitar semula buku' dengan penyertaan dalam Kelab Buku Malaysia.

6. Untuk menyatukan penerbit, penjual, penulis dan penggemar buku di bawah satu bumbung.

7. Menggalakkan graduan dan belia untuk menceburi bidang kerjaya berkaitan industri perbukuan seperti penulisan, penerbitan, penyuntingan, percetakan, pengedaran dan jualan buku. 

8. Menyokong program masyarakat melalui 'Program Derma Buku' supaya setiap pembaca yang berkemampuan dapat berkongsi bahan bacaan mereka kepada golongan yang memerlukan. 

No comments: