19 Mar 2017

PEMENANG BAUCER MEMBELI DI YOUBELI

HADIAH UNTUK MAMA!

Semalam, lepas balik dari walimah kawan di Ampang, kami terus pulang ke Banting. Sebelum sampai ke rumah, kami singgah di Tesco Jenjarom, niatnya nak membeli hadiah untuk mama. Dari Ampang lagi dah fikir, kat mana nak beli hadiah mama. Mama berkenan dengan tudung bawal jenama AidiJuma. Mama juga ada sebut dia nak selendang kain bubble kalau ada yang cantik untuk ganti - ganti selendang yang ada. Almaklumlah, anak perempuan ada tiga orang. Setiap kali balik tudung mama akan jadi mangsa kami tiga orang. Jadi, sebagai hadiahnya, mama minta saya belikan
dia tudung AidiJuma yang edisi istimewa siap ada batu - batu hiasan lagi dan selendang.

Sebelum sampai ke Jenjarom, saya minta suami singgah di Tesco. Biasanya hujung minggu ada Jualan But Kereta (Car boot Sale). Sampai di Tesco, kami terus mencari reruai yang menjual selendang dan tudung AidiJuma. Jumpa satu reruai yang menjual selendang siap segera. Pakai saja tanpa pin. Mudah dan pantas. Ya! Itulah kesukaan mama. Saya beli dua helai. Kemudian, kami ke ruangan parkir pasaraya itu untuk membeli tudung pula. Memang rezeki mama. Ada satu gerai yang menjual tudung AidiJuma sahaja. gembiranya saya. Dalam kegelapan malam, saya gigih mencari tudung dengan corak dan warna yang saya pasti mama suka. Saya beritahu penjual berkenaan, saya sedang mencari tudung untuk dihadiahkan kepada mama sempena hari lahirnya. Penjual itu membantu saya mencari corak dan warna yang sesuai. 

Alhamdulillah. Dapat juga. Tudung yang cantik dan sesuai untuk mama. Penjual itu turut memberikan saya beg AidiJuma sebagai hadiah untuk mama. Selesai membeli, kami pun pulang. Sempat saya menghantar mesej kepada mama. Hadiah untuknya. Tak seberapa tapi saya pasti, itu mampu mengukir senyuman manis di wajah wanita yang saya cintai.


 


Terima kasih kepada anda yang sudi membaca kisah saya. Terima kasih juga kerana sudi menjawab soalan saya semalam. Tahniah! Saya sudah ada pemenangnya. Tahniah kepada Kak Farah Husna Mokhtar kerana menjawab dengan tepat dan pantas. Baucer membeli di YouBeli akan sampai ke akak nanti. Baucer membeli buku saya sebenarnya. Boleh beli dengan harga yang berbaloi. Selamat membaca dan selamat berhujung minggu!

 



No comments: