28 May 2017

CINTA MAMA, SAYANG ABAH


MEI DAN JUN
Bulan meraikan ibu dan bapa.

Walaupun kita seharusnya meraikan ibu bapa kita setiap hari, setiap masa tetapi kita perlukan satu hari yang istimewa untuk meraikannya bersama. Sepertimana kita peruntukan hari khas untuk menghargai Guru, kanak - kanak, pembaca buku, alam sekitar dan pelbagai lagi sambutan istimewa. Tak semua orang berkesempatan untuk berkumpul selalu, bukan? 

Jadikan salah satu daripada hari dalam kalendar anda sebagai hari untuk berkumpul bersama keluarga tersayang. Wang ringgit boleh dicari, ibu bapa hanya satu, tiada ganti. Masa muda mereka banyak dihabiskan untuk membesarkan kita, mengapa kita kedekut dengan masa muda kita pula? 

Luangkan masa anda untuk mereka seperti mereka yang telah menghabiskan seluruh masa mereka untuk membesarkan anda. Mereka adalah anugerah Ilahi buat anda. Ibu dan bapa, tiada yang kedua. 

27 May 2017

PERTANDINGAN ULASAN BUKU

PERTANDINGAN ULASAN BUKU
Anda minat membaca?
Anda suka membuat ulasan?
Anda minat sesuatu kisah tetapi tidak menjangka pengakhirannya sebegitu? 
Anda mahukan sesuatu kelainan?
Anda mahu memperoleh sesuatu daripada pembacaan anda?

Jika kesemua soalan ini jawapannya 'YA',
YA! ANDA layak menyertai pertandingan ini.




Bagaimana caranya?
1. Baca karya - karya dalam buku yang ditetapkan. Jika tiada, boleh dapatkan buku tersebut daripada Syahida Hassan Enterprise dengan harga istimewa. Klik link ini untuk pembelian.
2. Berikan ulasan anda dalam 200 - 250 patah perkataan sahaja. Ulasan perlu dalam Bahasa Melayu dan tiada singkatan ejaan. Anda boleh melihat contoh ulasan yang diletakkan di laman FB RAK BUKU NURUL SYAHIDA atau boleh lihat di blog ini. Sebarang peniruan isi tidak dibenarkan.
3. Penulis dalam mana - mana buku ini tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan ini.
4. Borang penyertaan boleh diperoleh daripada link ini. Setiap penyertaan hanya menggunakan borang ini sahaja. Sebarang surat - menyurat atau PM tepi tidak akan dilayan.
5. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 Julai 2017. Para pemenang akan diumumkan pada 6 Ogos 2017. Urusan penghantaran hadiah akan diumumkan di laman ini dan FB. Sentiasa lawati laman ini untuk info lanjut.

KELUARGA RAJAQNA



Saya suka konsep antologi cerpen ini. 

Setiap penulis menulis kisah dengan wataknya berkaitan antara satu sama lain. Watak utamanya seorang abah bernama Ilhami. Abah Ilham mempunyai dua orang isteri dan 11 orang anak. Kisah yang dipaparkan berkisar kehidupan keluarga ini. Uniknya, para penulis tidak bertemu mata untuk berbincang. Hanya perbincangan di laman FB sahaja. 

Saya menulis kisah anak saudara Abah Ilhami iaitu Aisyah yang berkerja sebagai pegawai kebajikan masyarakat. Bukan kisah cinta yang dipaparkan sebaliknya saya mengangkat kisah hidup rakyat marhaen yang perlu dibantu dan dibeli nasib mereka.

Di Pondok Usang - kisah memberi inspirasi kepada semua.


KISAH LAIN DALAM ANTOLOGI INI:

1. PROTES - LINDA MOHD NOR
2. HATI MAMI - SHAHARAH A. WAHAB
3. BELASUNGKAWA DARI JAKARTA - NURIMAS SN
4. BELAHAN JIWA - KURSIAH HANUM
5. DI BAWAH LANGIT ILAHI - NOR JANNAH HARON
6. LENGKUNG TAKDIR - AZIZAH MDS
7. RELAKAN JUA DEMI SAYANG - RAIZA KHAIRINA
8. HAKIKAT CINTA SEHARUM MELUR - MUHAMMAD HANIFF HASHIM
9. AKU INGIN TERBANG - SRI WAHYUNI IRWAN WAHYUDI
10. DI AMBANG PINTU KASIH - ABD HAMID ABD HALIM
11. APABILA TAKDIR TERTULIS - CT NURZA
12. MUSAFIR ILMU DAN DAKWAH DI BUMI KENYALANG - AHMAD TAQIYYUDDIN
13. ERTI KEBAHAGIAAN - SITI FATHANAH SHAFEE
14. MENGGAPAI CINTA - PARIDAH ISHAK
15. KENANGAN FAJAR DI BUMI PERMATA - M.Z. HALIM HASSAN
16. BILA DIRI BERBICARA SEPI - ZAIRUL ZAINI
17. DILEMA KASIH - FATIM KHAIRANI 
18. DI MANA BERMULA DAN BERAKHIR - SITI ZAITON AHMAD
19. BAGAI KELAHI DALAM KAPUK - NOOR DIYANAH 
20. DEMIKIANLAH TAKDIR - J.A. ANILAZ
21. SILAU KASIH - SITI FATIMAH ZAINOL
22. INIKAH BALASANNYA? - HASNY YANTI ZAINAL
23. CERITA DARI PULAU: KAGUMNYA AKU... - SAMSA HARRIS
24. UNSPEAKABLE LOVE - S UMBRA
25. MEHNAH - MU - SITI ZAHIIRA
26. SYUKUR PADA-MU ILAHI - NIK AINUN MARDHIAH
27. PENGORBANAN - ZURAIDA DEWI
28. DIA WALIKU - NORMALA HASSAN
29. TUMPAHNYA KASIH TUK CHIK TEH - AQILAH ZAKARIA
30. PETA PERJALANAN - SHAZMEE RIZAL AGUS SALIM
31. RAJA HERBA - SALLEH HASHIM
32. SANTAU - WAN SALMAH WAN HASSAN
33. IMAM BAHARU - MK HASNY
34. CAHAYA KASIH - NURHANNAN AB RAFAR
35. LARA PESONA - NURIMAS SN
36. PERTEMUAN BERMAKNA -ANIE DIN
37. ABAH HIPOKRIT - RAIZA KHAIRINA
38. PERIHAL KELUARGA RAJAQNA - ILHAMI HISHAM
39. ISTIQAMAHLAH KELUARGA RAJAQNA - ILHAMI HISHAM


SALAM RAMADAN




RAMADHAN YANG DIRINDUI



Azan senja bergema
Menukar hari dunia
Satu Ramadhan kunjung tiba
Menjenguk insan-insan mulia

Wahai bulan yang dirindui
Tibamu mengubat hati
Kekosongan ini terisi
Malam kami tiada sepi

Jangan pantas dikau berlalu
Terlalu lama kami menunggu
Sangat terasa saat berlalu
Duhai Ramadhan yang dirindu.

Nurul Syahida Hassan
250517
Shah Alam
Hakcipta © 2017

26 May 2017

KOMEN PEMBACA ANTOLOGI WAADAT




1.KALUNG PERMATA BIRU - ANNGERIK CAMELIA
Cerita mistik yg sgt segar utk dibaca. Watak Malaiqa menghidupkan keseluruhan cerita. Cerpen ini ibarat masakan yg cukup rasa. Saya rasa spt membaca karya seorang penulis senior yg telah byk mengeluarkan novel Dan Cerpen mistik.
Tahniah.

2. DEMI CINTA - SRI WAHYUNI

Sebuah Cerpen tentang penyiasatan mencari jawapan bg membebaskan Hadi yg dirasakan tidak bersalah dalam kes pembunuhan Fariha. 
Menariknya, ketika membaca Cerpen ini pembaca Cuba meneka siapakah pembunuh Fariha yg sebenarnya samaada Erfan, Rashid, Kamarul, Icad atau Suria. Itu membuatkan minat pembaca untuk meneruskan pembacaannya. Dan akhirnya, pembaca akan kata, alamak! Aku ingatkan tadi Erfan yg bunuh sb dia yg paling rapat dgn Fariha rupa2nya............. Dia.
Penyusunan konflik yg kemas Dan menerujakan walaupun sedikit adegan aksi triler...
Good Job👌🏼

3. WAADAT TERSIRAT - ROSNARIAH OLA

Jalan cerita mmg betul2 menarik Dan boleh di anggap cerita luar kotak apabila menggunakan hantu air sbg element mistiknya. Kerana cerita hantu air ini amat jarang orang ceritakan berbanding cerita hantu lain spt pontianak Dan toyol contohnya. Andai kata cerita ini di novelkan rasanya mmg boom!
Cerita ini menggunakan seram mistik sepenuhnya namun penulis seharusnya berhati2 dlm menggambarkan fizikal hantu. Kepala terbang dgn usus Dan isi perut terburai tu mmg sinonim di kalangan org melayu dgn panggilan hantu penanggal jadinya, dlm cerita ini lebih baik gambarkan spt makhluk bersisik, taring panjang, Dan mulutnya sentiasa meleleh air bg menampkkan lg real hantu air. Namun, sy rasa mgkin penulis cerita pengalamannya nmpk hantu air dlm keadaan spt yg diceritakan namun andai kita buat cerita hantu kita tahu dulu kategori hantu agar x nmpk konpius utk pembaca yg dh lebih nengetahui keadaan hantu penanggal. Senang cerita, bg nmpk kelainan utk objek fizikal hantu air itu. Di tengah keseronokan membaca terselit babak Rubiyah yg menangis di tepi sg. Rasanya sedikit mengganggu pembacaan dgn kemunculan Rubiyah itu. Pd pandangan sy, kalau letak babak tu dipermulaan sbg prolong rasanya terus senang hadam cerita ini Dan terus melekat dijiwa bahawa Lala itu adalah bahan taruhan ibunya kpd hantu air.

Overall cerita ini tidak mengecewakan. Sedap juga utk dibaca. Tahniah.

4. KAU MILIKKU - FATIM KHAIRANI

Tahniah. Cerita mistik yg cukup research. Start dr cerita sy begitu tekun mentelaahnya. Wow....
Terdapat juga sedikit unsur2 sejarah yg hendak diketengahkan. Selain berhibur melalui pembacaan, ilmu pengetahuan juga bertambah. Sebuah jurnal ilmu tentang cara menyeru pontianak. Sy pikir idea menghasilkan Cerpen sebegini mmg di luar kotak. Penulis bijak mrnggunakan fakta dgn mencuit sedikit nama Dato Wijaya seorang pawang istana di sekitar tahun 1850. Ini suatu keajaiban bg sy dlm menambahkan ilmu pengetahuan.
Kemudian, sewaktu skrol itu terjatuh tanpa sengaja Azam terbaca manuskrip yg tertera perkataan ejaan lama. 'Panchong' yg kini di tulis 'Pancung' dan 'Pereksa' yg kini di tulis 'Periksa' itu menjelaskan timeline pada masa dahulu Dan pada masa sekarang. Jika diamati, sy rasa penulis Cerpen ini begitu teliti dlm menghasilkan penulusannya. Ini jelas apabila dia menceritakan Tok Wan sengaja membeli tiket untuk sampai di tepi platform. Yang mana kadangkala penulis terus saja mengatakan Tok Wan menunggu di tepi platform menanti kadatangan keretapi dan sememangnya x logik dgn keadaan sebenar di stesen keretapi. Nampak kan....
Di pengakhiran cerita, cerita nmpknya sengaja dibiarkan tergantung. Ini membuatkan reaksi pembaca mula berubah....
"Alahai....Habis pula...hampeh betul!"
Betulkan... Jika betul, peraaan anda yg membacanya dlm reaksi sebegitu, itu jelas menunjukkan cerita ini sampai ke jiwa anda Dan anda membuatkan penulis Cerpen ini mendapat pengiktirafan 5 bintang... 👍

5. PEDOFILIA - NURUL SYAHIDA HASSAN

Permulaan cerita yg bagus. Sentuhan emosi digunakan sebagai senjata utk menarik minat utk terus membaca.
Kronologi demi kronologi dlm penyiasatan yg diketuai oleh Koperan Dani sehigga memerangkap Rozi sbg penculik kanak2 yg pada mula siasatan dia menafikan. Penjenayah seksual kanak2 ini diberkas akhirnya. Pada mulanya penceritaannya agak rumit Sy rasakan utk penulis menyelesaikan konflik ini tetapi penulis segera mengambil jalan pintas yg mudah utk selesaikannya membuat cerita ini sedikit longgar dibahagian itu. Penutup cerita yg baik Dan kemas. Sy puas membacanya. 
Tahniah.
👏👏👏

6. KELEPET - MUHAMMAD HAMIZI

Percubaan berani penulis menggunakan scoop yg besar utk menghasilkan cerpen yg diberikan tema Dan had muka Surat. Tahniah. Jalan cerita yg sgt menarik tetapi terdapat byk konflik yg ingin diketengahkan oleh penulis. Ini membuatkan pembaca tidak dapat menghayati watak Dan plot sepenuhnya. Seperti yg penulis cuba sampaikan, org mengantuk disarungkan bantal. Firdaus mendapat durian runtuh melalui Wang tebusan dr Faezah. Tandatanya yg ditinggalkan di akhir cerita, Firdaus Dan isterinya diberkas polis dlm satu sekatan jalan raya. Tidak diceritakan bagaiman pihak polis dpt mengenal pasti identiti Firdaus Dan Isterinya sdgkan mereka mengenakan topeng muka sewaktu bersama Faezah mahupun dihadapan Rahim. Adakah Alex si ah long yg membuat laporan polis? Tidak pula di nyatakan. Di situlah sebenarnya saya nampak risiko yg besar apabila kita menulis Cerpen yg mempunyai lebih dr satu konflik Dan byk lokasi kejadian. Overall, cerita ini tidak lah begitu mengecewakan, kekuatan emosi watak Faezah dlm Cerpen ini byk menyelamatkan keadaan. 
Good luck.
👍

KOMEN DARIPADA PUAN EMMA

25 May 2017

ULASAN PENYUNTING MENGENAI ANTOLOGI BEBAS


Ulasan editor mengenai karya dalam ANTOLOGI BEBAS:
Saya melayani perasaan ketika membaca dan menelusuri setiap cerpen. Tak kosong, tak kontang! Anda tidak akan rugi memiliki dan menjadikan antologi ini sebagai koleksi bahan bacaan. Penyampaiannya santai, segar bahkan anda antara cerpen yang bertaraf penulisan profesional. Tahniah penulis!

21 May 2017

KELAHIRAN BARU YANG DINANTIKAN

ANTOLOGI TRIBUNAL CINTA


Alhamdulillah. Satu lagi antologi cerpen telah selamat 'dilahirkan'. Syukur. Antologi Tribunal Cinta.
Satu-satunya projek antologi cerpen yang diselitkan intervensi daripada kaunselor.

Sebuah antologi bertemakan cinta penuh ranjau. Setiap kisah terselit sebuah rangkaian ulasan daripada kaunselor cinta. Puisi cinta mengindahkan setiap ceritera. 20 penukil mengukir kata, menyingkap kisah cinta penuh makna.
Kisah yang saya selitkan dalam antologi ini adalah kisah benar saya. Kisah cinta saya. Nak tahu kisahnya? Boleh buat tempahan sekarang.
Harga promosi RM18. Terhad kepada 20 naskhah sahaja.

16 May 2017

GURU SUMBER ILHAM

Ibarat pelita yang menyala
Dirimu terbakar
Demi mencahaya kegelapan
Sumbu dirimu
Dijilat sang api
Demi menerangi kesuraman.

Wahai guru,
Dikau menjadi inspirasi
Dikau mendidik sepenuh jiwa
Walau anak didikmu tidak mengendahkanmu.

Wahai guru,
Walau dirimu bekerja demi upah
Namun. ilmu yang dikau sampaikan
Lebih berharga daripada upah
Setitik peluhmu yang mengalir
Demi memahamkan umat
Tidak terbalas dengan wang ringgit.

Dikau sumber ilhamku
Aspirasi bangsa
Jadilah matahari yang menerangi siang
Rembulan yang menyinari malam
Dan awan yang menaungi bumi.

Untukmu, guruku
Nurul Syahida Hassan
07 Mac 2017
Shah Alam.

Ingatan ikhlas buat guru-guru dan pendidik:
Tadika Perpaduan Sungai Manggis (1996)
SK Sungai Manggis (1997 - 1999)
SRA Sungai Manggis (1997 - 1999)
SK Taman Bukit Rambai, Melaka (1999 - 2000)
SK Ayer Keroh, Melaka (2000 - 2002)
SMK Sungai Manggis (2003 - 2009)
UiTM Shah Alam (2010 - 2013)


TERIMA KASIH, CIKGU!

SAMBUTAN HARI GURU 16 MEI 2017. 




Setiap tahun, kita menyambut Hari Guru sebagai tanda mengenang jasa dan pengorbanan guru - guru yang mendidik anak bangsa. 

Sejarah pengisytiharan hari guru ini bermula pada 16 Mei kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu (maklumat dari Kementerian Pendidikan Malaysia)

Profesion sebagai guru bukan tanggungjawab yang mudah. Bukan satu pekerjaan yang enteng untuk mendidik jiwa manusia apatah lagi hati manusia seumpama ombak di lautan. Hanya yang berhati cekal sahaja mampu menjalankan tanggungjawab dan menggalas tugas sebagai pendidik.


'GURU PEMBINA NEGARA BANGSA'


ANTOLOGI PUISI KEMUDI

ANTOLOGI PUISI
(Sajak, Pantun, Gurindam, Syair & Seloka)

TEMA: KEMANUSIAAN

Syarat:
- Panjang maksimum 25 baris untuk sajak dan 6 rangkap untuk puisi tradisional.
- Bertemakan Kemanusiaan Sejagat. Tiada unsur keganasan dan tidak menyentuh sensitiviti perkauman dan agama. Boleh masukkan isu politik, ekonomi, budaya, sosial, pendidikan, hak asasi dan yang berkaitan dengan tema.
- Satu penulis maksimum 5 puisi.
- Puisi bertaip, Times New Roman, Saiz 12, Langkau sebaris.
- Sertakan biodata ringkas tidak melebihi 100 patah kata beserta gambar berukuran pasport.
- Emel kepada karyakemudi@gmail.com.
- Subjek emel: PUISI KEMUDI - [tajuk puisi - nama penulis].
- Tarikh tutup penyertaan: 16 JUN 2017.



14 May 2017

MAMAKU, SAYANG.

EMAK
MAMA
IBU
UMMI
OMMA
AMMA
MUMMY
BONDA

atau apa-apa saja panggilan buat insan istimewa ini. Merekalah ratu hati kita. Tanpa ibu, kita tidak lahir ke dunia. Selama 9 bulan 10 hari kita membesar dalam rahim kecilnya dengan sifat Ar-Rahim-Nya. Saya sayang akan mama saya. Saya pasti anda semua pasti sayang dan rindu akan ibu anda. Setiap senyuman, tawa, langkah kaki, gerak badan, haruman dan masakannya sangat istimewa dalam hati kita. Siapa pun ibu kita, hormati dan sayangilah mereka. Jangan sesekali kita mengabaikan mereka. 


Arwah nenek saya pernah berkata,

"Kita ada bakal mertua, bakal kakak ipar, bakal nenek mertua. Tapi, kita takde bakal mak. Mak la yang kita kena hormat, kena ingat..." Ringkas tetapi padat nasihatnya. In shaa Allah, kata - kata nenek pasti diingati. Mak bukan pilihan kita. sebagaimana seorang anak menjadi anugerah, begitu juga ibu. Allah yang menentukan siapa ibu kita? Bagaimana kita mahu memilih sedangkan kita lahir dari rahimnya? 

Selamat Hari Ibu, mamaku sayang. Basirah Binti Che Awang. Mama wanita yang sangat hebat. Mama ratu hatiku. 💖💖💖💖