14 Sept 2016

APA KISAH DALAM ANTOLOGI CERPEN BEBAS NI?

Mesti ramai nak tahu, kisah apa yang ada dalam Antologi Cerpen Bebas ni? Okay. Pagi ni saya belanja sikitlah isi kandungannya. Ada 20 kisah dalam satu buku. 
Wah! Jimat! Dapat banyak cerita dalam satu buku je. Tak bosan dan tak ambil masa lama nak habiskan satu kisah. Bolehlah tengok2 tajuk cerpen dalam antologi ni. Cerpen saya bertajuk Suci Sekuntum Dahlia.
Nak tahu apa kisahnya? Kenalah beli satu buku. Harga RM23 tak masuk kos pos. 
WhatsApp saya utk pembelian. 0178847544.

Oh, ya! Penanda buku tu ada 50 je lagi. kalau berminat, saya memang bagi percuma kalau beli satu buku. Nak lebih, kena beli lebih bukunya. hihi. =)


8 Sept 2016

REVIEW PEMBACA ANTOLOGI CERPEN BEBAS

Assalamualaikum.

Apa khabar semua?

Pagi ni saya nak kongsi sikit review daripada seorang pembaca Antologi Cerpen BEBAS. 
Katanya, sementara tunggu waktu zohor~~~ tak rugi beli buku ni....best. dari 10 bintang kakteh bagi 9 bintang. 

Wah! 9 Bintang tu.jangan main-main. bukan semua buku dapat markah macam tu tau daripada pembaca. Apa tunggu lagi? dapatkan segera Antologi Cerpen Bebas ini dan BEBASkan dirimu!

7 Sept 2016

REVIEW DARIPADA PEMBACA ANTOLOGI CERPEN BEBAS

Terima kasih, Kak Teh. Sebab sudi beli buku ida. Terima kasih juga atas sokongan yang diberikan.
Kata Kak Teh, tak rugi baca sampai dia sayang nak habiskan baca satu buku tu. Banyak kisah menarik.
Nak merasai pengalaman membaca yang sama dengan Kak Teh? Boleh je. Beli buku Antologi Cerpen Bebas, anda akan dapat merasai pengalaman membaca seperti ini. Ada cerita yang buat kita berfikir mengenai kehidupan. 
Apa tunggu lagi? Buat tempahan sekarang! WhatsApp saya di 0178847544. Harga buku RM23. tak termasuk kos pos.
p/s: 50 pembeli terawal akan dihadiahkan penanda buku yang comel sangat hasil kerja @mjcraft


6 Sept 2016

PEMBELI BERTUAH!

Terima kasih kerana sudi membeli Antologi Cerpen Bebas ni. 
Terima kasih juga kerana menyokong saya. Terharu rasanya. 
Sebagai tanda terima kasih, saya hadiahkan penanda buku yang comel hasil kerja tangan @mjcraft. 
Siapa lagi nak beli? Stok terhad tau. Cepat2 buat pembelian anda.
Harga hanya RM23. Kos pos RM7.
WhatsApp saya di 0178847544 untuk pembelian.
Jadikan membaca satu budaya.

4 Sept 2016

ISI MASA LAPANG ANDA DENGAN MEMBACA ANTOLOGI CERPEN BEBAS

Hujung minggu tak ke mana-mana? Haaa. bolehlah luangkan masa dengan membaca.
Tak tahu nak baca apa? 

Bacalah Antologi Cerpen Bebas. Dalam satu buku ada 20 kisah. Kalau baca novel, lama sangat nak tau 'ending' cerita. Boleh La sambil kemas Rumah, rehat baca satu kisah. Sambung basuh kereta, rehat baca satu lagi kisah.. Dalam antologi ni, ada pelbagai kisah realiti masyarakat. Takde cerita macam drama TV tu. Kisah yang dekat di hati kita. Tak rugi anda membacanya.
Harganya berapa? Murah je. RM23 sahaja. Buku ni boleh simpan sampai bila2 asalkan dijaga dgn elok. Kos pos kena tanggung sendiri ya sebab saya tak sediakan khidmat penghantaran. Terpaksa minta posmen hantarkan. he he.
Apa tunggu lagi? Tempahlah sekarang. Eh, lupa nak bgtahu. 50 pembeli terawal akan dihadiahkan dengan penanda buku buatan tangan yang comel lote hasil kerja @mjcraft
Buku dapat, cenderahati dapat. Seronok kan?
Jangan baca je. Cepat2 WhatsApp saya di talian 0178847544.
Jadikan membaca sebagai budaya.<3 span="">


1 Sept 2016

MEMBACA MENAMBAH ILMU!

Bahagia dapat membaca. ilmu bertambah, minda pun bercambah. 
Jadikan membaca satu budaya.
Tapi, pastikan bahan bacaan yang kita baca tu bermanfaat.


30 Aug 2016

SUDAH DICETAK!!!

Segar dari oven!
Sesiapa yang mahu mendapatkan naskhah Antologi Cerpen Bebas ini, kini anda boleh terus membuat tempahan anda kepada saya melalui SMS / WhatsApp ke no 017-8847544.
100 pembeli terawal akan menerima penanda Buku istimewa!
Bayaran boleh dibuat terus kepada saya di akaun Maybank 
162348569846 (Nurul Syahida Hassan).
Harga RM23 (SM) & RM25 (SS). Tidak termasuk kos penghantaran. Tempah sekarang! 
Jadikan membaca sebagai budaya. 


24 Aug 2016

KOMENTAR DARIPADA PENERBIT MENGENAI ANTOLOGI CERPEN BEBAS

Perkongsian komentar daripada penerbit..
SESUCI SEKUNTUM DAHLIA
Oleh: NURUL SYAHIDA HASSAN
"Pengisahan mengenai peluang kedua berkenaan insan bernama Dahlia. Walau hakikatnya tidak semua orang diberikan peluang kedua dalam hidup atau peluang yang pernah ada disia-siakan. 
Melalui seorang lelaki bernama Naim, kehidupannya berubah. Kesusahan dan kesakitan membuatkan Dahlia menjadi pendek akal. Tauladan yang ingin disampaikan ternyata sangat bagus. Jangan menilai seseorang daripada masa lalunya." - Penerbit

Kisah ini salah satu daripada kisah yang dihimpunkan dalam Antologi Cerpen Bebas karya penulis - penulis muda. Kisah yang dipaparkan bukan kisah fantasi semata - mata melainkan satu refleksi kehidupan realiti masyarakat.
Mahu dapatkan senaskhah? Buat tempahan awal segera!!! 
100 pembeli terawal akan mendapat penanda buku istimewa.

Hubungi saya terus melalui sms/Whatsapp ke 0178847544 untuk membuat tempahan. Nyatakan nama, alamat dan kuantiti.
Harga hanya RM23 (SM) dan RM25 (SS). Tidak termasuk kos penghantaran.

18 Aug 2016

KARYA TERBARU - ANTOLOGI CERPEN BEBAS

Antologi Cerpen Bebas.

Antologi ini memaparkan kisah-kisah kebebasan hidup daripada dunia kegelapan dan kisah keinsafan diri. Menghimpunkan kisah rakyat marhaen yang penuh dengan onak dan duri sehingga mereka sanggup berjuang untuk kebebasan diri dan berfikir tentang kehidupan yang lebih baik. Kisah-kisah yang menyentuh hati dan membuat kita berfikir dan mengisafi diri. Sangat sesuai untuk bacaan semua peringkat usia.


Tidak rugi sekiranya anda mendapatkan naskhah ini. Bukan satu karya dongengan yang sering dihidangkan kepada kita atau karya fantasi semata - mata. Mungkin ada kisah yang diceritakan berlaku kepada anda atau insan di sekeliling anda. Semoga anda memperoleh iktibar dan pengajaran daripada karya - karya ini, Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan Antologi Cerpen Bebas.

Harga: RM23 (Semenanjung) & RM25 (Sabah & Sarawak). *Tidak termasuk kos penghantaran.

etiap pembelian daripada saya akan disertakan dengan tandatangan penulis (Syahida Hassan) dan penanda buku yang menarik! Untuk tempahan, sila hubungi saya melalui Whatsapp ke 017-8847544. Boleh buat tempahan awal dengan memberikan nama, kuantiti, alamat dan no. telefon kepada saya melalui mesej peribadi.
p/s: Antologi ni edisi terhad tau. Dapatkan daripada penulis terus. Sokong penulis muda! Sokong karya tempatan!

24 Jul 2016

BENGKEL PENULISAN KREATIF (SAJAK) ANJURAN KEMUDI

PROGRAM         : BENGKEL PENULISAN KREATIF (SAJAK)
PENCERAMAH : SYED MAHADZIR SYED IBRAHIM
ANJURAN          : PERSATUAN KEBAJIKAN PENULIS MUDA SELANGOR (KEMUDI)
TARIKH              : 23 JULAI 2016
TEMPAT             : PUSAT KREATIF, MAJLIS KEBUDAYAAN NEGERI SELANGOR, SEKSYEN 4, SHAH ALAM.

PENGISIAN PROGRAM:

Bengkel ini adalah bengkel penulisan kreatif yang berfokus kepada penulisan puisi moden iaitu SAJAK.


2 Mar 2016

SUAMI YANG DIRINDUI

Bayu berpuput lembut
Menyapa awan yang tersipu malu
Suasana terasa sungguh nyaman
Senyaman pelukan hangatmu

Kau umpama bayu
Hadirmu tidak terkesan
Jiwamu saja dapat kurasakan
Dingin dan damai

Duhai kekasih hati
Janganlah kau tinggalkan diri ini
Kesepian menanti di sini
Merindui kucupan dan sentuhan listrikmu

Pulanglah ke dakapanku
Tataplah mataku
Belailah wajahku
Aku rindukanmu...

23 May 2015

MALAYSIA DIHATIKU


Lantera senja mewarnai angkasaraya,
Suasana sayu menusuk kalbu;
Malaysia makmur aman jaya,
Rakyatnya jitu hidup bersatu.

Kain samarinda menjadi hantaran,
Hantaran hati di hari persandingan;
Berdekad Malaysia mencapai kegemilangan,
Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

12 May 2015

AKU JATUH CINTA LAGI

AKU JATUH CINTA LAGI
Aku jatuh cinta lagi
Dengan si dia yang menawan hati
Setiap kali kupandang wajahnya

6 May 2015

WAJAH KEKASIH ALAM

Hembusan pawana dingin
Mengusap halus wajahku
Memberi satu ketenangan baru buatku
Aku tertanya sendiri
Kenapa awan berarak?
Kenapa angin berhembusan di udara?
Kenapa lautan bergelora?
Aku melihat lagi untuk mendapat
Jawapan yang pasti…
Aku mengamati lagi sehingga kutemui jawapannya;
Awan yang berarak umpama kapas putih di lautan langit menabir sinar suria
Pawana dingin berhembusan membawa haruman segar bumi
Lautan yang bergelora ibarat kehidupan di dunia.

5 May 2015

APABILA MATA KUBUKA

Apabila mata kubuka,
Kulihat dunia yang penuh warna-warni
Penuh dengan pelbagai hikayat
Ibarat kanvas putih yang dilakari,
Diwarnai, diconteng
Dengan aneka warna kehidupan…
Seketika itu,
Aku tersedar tentang diriku sendiri
Aku tersedar tentang hidupku ini
Dan aku tersedar akan makna kehidupan ini.
Hidup ini ibarat buah nenas
Yang tampak hodoh dan pahit
Tetapi sebenarnya ada masam dan manisnya…

4 May 2015

MISTERI CINTA

Agaknya apa perasaan dia terhadap aku?
Setelah dia tahu hal sebenar?
Adakah dia akan menjadi milikku?
Oh Tuhan.
Samapaikan salam rindu dan sayangku ini
Kepada dirinya.
Jika dia memang untukku,
Jadikanlah kerinduanku dan sayangku ini,
Kerinduan dan sayangnya dia untukku juga.

3 May 2015

LUMPUHKAN NAFSUKU!

Kalau namanya manusia
Tidak pernah terlepas
Daripada belenggu nafsu
Yang mengikat dan mengheret hati
Ke lembah durjana.

Aku juga manusia
Yang sering dirajai nafsuku sendiri
Imanku semakin tipis
Dilunturi budaya hedonism
Ajaran si pencinta dunia.

Aku sedar ini semua khilaf
Aku sedar aku perlu keluar
Dari penjara dunia penuh dusta ini

Lumpuhkan nafsuku!
Oh, Tuhanku!
Berilah aku peluang
Untuk menikmati syurga cinta-Mu.
Lumpuhkan nafsuku!


2 May 2015

KAU DAN AKU BERBEZA

Aku ini hanyalah insan biasa
Yang hidup atas bumi yang fana.
Engkau pula si durjana
Yang hidupmu dalam kebinasaan.
Kau ajarku erti mewah
Kau ajarku erti khayalan
Kau memberi derita kepadaku.
Aku ingin lari dari belenggu hidupmu

PUISI TAJWID CINTA


Kasih,
Puisi ini kukarang khas
Buat dirimu
Yang sentiasa bertakhta di jiwaku.
Tatkala aku membayangkan wajahmu.
Jantungku seumpama huruf qalqalah kubra;
Berdetak – detak, bergetar kencang
Memacu darah ke seluruh tubuhku.
Merinding aku jadinya.

Kasihku,
Jika nun mati bertemu ‘ain namanya Izhar;
Jika aku bertemu dirimu, itu namanya cinta.
Kelembutanmu menawan hatiku seperti sebutan
Huruf Ya yang lembut.

Kasih,
Mendengarkan namamu sahaja
Nafasku menjadi saktah
Terjeda sebentar.
Walapun diriku seumpama Idgham Bila Ghunnah,
Wujud tetapi seperti tiada
Namun cintaku ini
Umpama Lam Qamariah; jelas dan nyata untukmu.

1 May 2015

MALAM INI


Indahnya suasana malam ini
Sinaran rembulan menerangi alam jagat
Bintang kejora mengerlip memagari sang rembulan
Yang rupawan di sebalik awan hitam
Seketika aku terkenang
Kepada-Nya yang Maha Kasih
Hati kudusku terasa sayu
Tubuhku terasa kerdil sekali
Tatkala terkenangkan kekhilafanku terhadap-Nya.

Aku bersyukur kerana diberi peluang
Menghidup udara segar ini
Rezeki yang tidak pernah putus
Aku mohon kepada-Nya sebuah kekuatan
Agar aku bisa memegang erat talinya
Agar tidak menjadi layang-layang yang terputus talinya.


30 Apr 2015

PENAWAR RINDU


Rindu ini
Mencarik – carik hatiku
Menjadi cebisan daging
Yang tiada serinya.
Aku bukan diriku lagi
Mataku hanya terlihatkan dirimu
Refleksi wajahmu memenuhi ruang penglihatanku
Terpancar di kaca kornea mataku
Hanya wajahmu.
Tidurku terasa sangat panjang
Kerana ada dirimu
Hadir di setiap mimpiku.

29 Apr 2015

LUAHAN RASA BUAT BONDA


Kau pelangi citra cintaku
Berseri indah mewarnai angkasa
Walau tibamu seumpama pelangi senja
Namun serimu amat kudamba.

Kau sutera idaman hati
Halusnya hatimu mencerminkan budi
Kelembutanmu menambat sukmaku
Dikau tetap lestari di taman hatiku.

Wahai bonda kurniaan Ilahi
Dikau umpama mutiara kalungan puteri kayangan
Putih suci sesuci pekertimu
Kerendahan hatimu mencairkan pelita hatiku
Bak mutiara kau bersemayam di dasar samudera jiwaku.

DI KALA SENJA


Di kala senja
Ku merenungkan kata-kata ini
“Barangsiapa menginginkan teman,
Cukuplah Allah menjadi temannya.
Barangsiapa menginginkan kekayaan,
Cukuplah Qana’ah menyertainya.
Barangsiapa menginginkan nasihat,
Cukuplah kematian menasihatinya.
Barangsiapa menginginkan harta simpanan,
Cukuplah Al-Quran menjadi barang simpanannya.
Barangsiapa yang tak cukup dengan keempat-empat hal ini,
Cukuplah NERAKA baginya.”
Hati, jangan takut dan jangan gundah
Sesungguhnya Allah bersama kita
Mereka yang menyintai sebagaimana mereka menyintai Allah
Adapun orang-orang yang beriman

Sangat menyintai Tuhannya.

PEMBANTU PERIBADI KAMU




Kau melamarku
Di malam dingin ini
Menjadi pembantu peribadimu
Menjadi peneman hatimu nan sepi
Mendamaikan jiwamu.

Katamu,
Waktu kerjaku tiada ukuran masa
Tiada juga sempadan atau had dunia
Aku bebas bekerja mengikut hatiku.


25 Apr 2015

BUATMU KEKASIH


Wahai kekasih
Aku bukan pujangga
Yang bisa menganyam kata
Menyulam cinta untukmu.
Aku bukan seorang pelukis
Yang pandai melakar potret kasih
Menata mahakarya agung buatmu.
Aku juga bukan sang rembulan,
Yang bisa melenyapkan kegelitaan duniamu
Aku hanya ibarat pelita yang hina.

27 Mar 2015

BINTANG HATI


Berkerdipan
Sinar matamu
Umpama bintang – bintang
Yang menghiasi hamparan langit nan luas
Kegelapan malamku
Kau sinari dengan
Cahaya cintamu
Kesuraman hatiku
Kau hiasi dengan
Nur kasihmu
Keikhlasanmu menambat hatiku
Keluhuran jiwamu mencairkan salju cintaku
Kau umpama bintang
Walaupun kecil namun kau penyeri,
Menemani aku dengan setia
Di kala aku kesepian
Di kala aku kedinginan
Di kala aku kepiluan.
Sebagai rembulan yang hanya
Menjadi tatapan sang pungguk
Saban malam.

1 April 2013

12.50 am

19 Mar 2015

KEABADIAN KASIH SUCI BUAT BONDA


Bonda…
Inginku laungkan ke seluruh alam
Hingga ke tujuh langit dunia
Menyatakan cintaku kepadamu.
Bonda…
Umpama bidadari dari kayangan
Wajahmu yang tulus penyeri hatiku
Menemaniku saban waktu setiap detik
Dengan seulas senyuman manis
Tanpa rasa jemu.
Titk-titik keringatmu
Mengerah kudrat mendewasakanku dan adik-adikku
Umpama butiran mutiara
Yang kukutip menjadikan rantaian sukmaku
Bonda…
Ikrarku, janjiku dan sumpahku
Setiap keringat yang membasahi tubuhmu,
Setiap detik usiamu yang berlalu
Setiap nafas yang kau hembuskan
Setiap titik susu yang mengenyangkan
Akan kubalas dengan kasih sayangku
Dengan kejayaanku
Semua milikku hanya untukmu, bondaku…




1 Mar 2015

SONATA OH BULAN


Oh bulan yang terang
Mulianya kamu menerangi
Kesuraman malam yang gelita.

Oh bulan yang terang
Indahnya dirimu bermandikan cahaya
Sinar indah anugerah Ilahi


19 Feb 2015

SAAT BAHAGIA


Kau hadir membawa sinaran cinta
Bersama – sama langkah kakimu
Seumpama cahaya sang purnama malam
Yang terang benderang tiada taranya
Kau memilih aku sebagai
Suri hatimu
Penyeri jiwa ragamu
Pelengkap hidupmu.
Sungguh bahagia rasa hatiku
Berada dalam dakapan cintamu
Yang dihangati api cintamu
Membara – bara
Sungguh aku berasa bangga
Memiliku cintamu
Mendiami istana hatimu
Menjadi permaisuri
Bersemayam di singgahsana indah
Dihiasi permata kasihmu
Diterangi dian cintamu.
Oh, bahagia aku disaat ini
Saat aku menjadi milikmu
Yang abadi...


1 April 2013

01:04

12 Feb 2015

CINTA HATIKU



Sang bayu malam
Berpuput lembut
Menyapa aku
Membawa perkhabaran cinta darimu.
Katanya kau kirimkan salam cinta
Istimewa buatku
Katanya lagi kau terlalu merindui aku
Hingga aku sentiasa ada dalam mimpimu.

Oh, bayu.
Adakah benar semua berita
Yang kau sampaikan kepadaku?
Jika benar,
Akulah wanita yang paling bahagia

4 Feb 2015

KAU BINTANG HATIKU


Kupejamkan mata
Membayangkanmu
Datang kepadaku
Dengan senyuman manismu
Oh, dikau memanahi hatiku yang merah
Menembusi lapangan jiwaku
Kacau!

Kau bintang dihatiku
Berkelip-kelip menghiasi
Tabir langit malam kelam
Walau hanya mampu ditatap
Dari jendela ini
Namun bisa mengubati jiwaku
Rawan!

15 Jan 2015

PELANGI CINTA




Berlari – lari aku mengejar pelangi
Ingin menyentuh hamparannya
Yang terbentang indah di kaki langit.
Kulihat pelbagai warna
Kucium haruman segarnya bayu
Menikmati keindahan sang pelangi
Membayangkan dirimu ada disisiku
Bersama meniti pelangi
Ke istana cinta ciptaan kita
Di atas sana.
Warna – warna ceria
Menghiasi langit biru
Menjadi pelamin indah singgahsana
Kita berdua.
Bersama meraih cinta
Menyusuri arus kasih
Memikirkan hari esok bersama dirimu.





260914