25 Mar 2017

MAJLIS PELANCARAN BUKU

MAJLIS PELANCARAN BUKU ANTOLOGI SAJAK DAN CERPEN GURU SUMBER ILHAM & ANTOLOGI SAJAK PATRIOTIK PERTIWI KERSANI

TARIKH: 25 MAC 2017
TEMPAT: LEGASI OAKHEART (#KABO), SEKSYEN 8, BANDAR BARU BANGI.
MASA: 11.00 AM - 03.00 PM

Alhamdulillah. Selesai sudah Majlis Pelancaran  Antologi Puisi Pertiwi Kersani (PK) dan Antologi Cerpen dan Sajak Guru Sumber Ilham (GSI) pada tengah hari tadi, 25 Mac 2017 bertempat di Kafe Buku Oakheart (#KABO), Seksyen 8, Bandar Baru Bangi. 

Seramai 13 orang penukil kedua buah antologi dari pelbagai negeri menghadirkan diri dan sudi melapangkan masa masing-masing bagi bersama-sama merealisasikan majlis yang telah dirancang sejak awal Februari 2017 lagi. Lama juga kami merancang bermula dengan idea suka - suka untuk meraikan penukil Antologi PK sahaja. Kemudian, penyelenggara Antologi GSI yang juga salah seorang penukil dalam PK menyatakan hasratnya untuk menggabungkan PK dan GSI dalam satu majlis. Nampaknya, hasrat yang disambut baik itu tertunai sudah.

22 Mar 2017

BUKU WARISAN MALAYSIA SETUJU DENGAN SARANAN PENGERUSI ITBM

REAKSI

BUKU WARISAN MALAYSIA
16 MAC 2017


Pihak BUKU WARISAN MALAYSIA amatlah mengalu-alukan ucapan Pengerusi Institut Terjemahan dan Buku Malaysia Berhad  YB Budiman Mohd Zohdi di Parlimen ketika membahaskan Dasar Buku Negara yang perlu dimantapkan pengisiannya mengikut peredaran masa terutamanya dalam menjayakan Wawasan TN50.

1. Dasar Buku Negara telah dibentang dalam Kabinet pada tahun 1988. Banyak kejayaan telah dicapai dalam tempoh hampir 2 dekad ini. Dasar ini menjadi asas kepada perlaksanaan pelbagai program industri perbukuan negara. Antara kejayaan adalah penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur saban tahun. Kejayaan penganjuran ini akan lebih manis dengan pelbagai pembaharuan mengikut peredaran semasa dan bukan sekadar memenuhkan dewan pameran dengan peniaga sahaja. Kebajikan peniaga yang mengambil bahagian perlu dijaga. Pesta jualan lelong buku juga perlu dipantau agar ia dapat menjaga kebajikan semua peserta industri.

21 Mar 2017

MASIH RELEVANKAH DASAR BUKU NEGARA?

Industri Buku di Malaysia masih perlu dimantapkan. Malaysia mempunyai Dasar Buku Negara yang diluluskan oleh kabinet pada tahun 1988. Objektif dasar ini adalah untuk memastikan rakyat Malaysia mempunyai minat membaca yang tinggi dan menggunakan bahan bacaan yang berkualiti. Dasar ini juga digubal untuk menjadi pemangkin terhadap program-program lain seperti kesinambungan Kempen Membaca (Perpustakaan Negara), Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (MBKM) dan lain-lain. 

Namun, industri perbukuan di Malaysia masih belum di tahap yang memuaskan. Kualiti buku yang diterbitkan masih diragui apatah lagi gaya membaca masyarakat masa kini semakin berubah selari dengan perkembangan teknologi. Adakah Dasar Buku Negera sudah tidak relevan lagi? Apakah yang harus kita lakukan bagi memantapkan industri perbukuan dan gaya membaca masyarakat kita? 

Saya memetik intipati ucapan Pengerusi ITBM di Parlimen 15 Mac yang lalu. 

HARI PUISI SEDUNIA 21 MAC 2017

HARI PUISI SEDUNIA


Hari ini, 21 Mac 2017, adalah Hari Puisi Sedunia. Saban tahun, pada tarikh ini, semua penyair dan pemuisi di seluruh dunia berkumpul dalam acara berkaitan puisi bagi memartabatkan puisi dan membudayakan puisi serta menyemai semangat puisi dalam diri setiap masyarakat. 

Apa kepentingan puisi dalam kehidupan seharian kita? Puisi itu keindahan bahasa. Bahasa pula menunjukkan bangsa. Semua bangsa di dunia mempunyai cara untuk menunjukkan budaya mereka. Melalui puisi, kita dapat meluahkan sesuatu perkara secara puitis tanpa menyentuh atau mencucuk hati insan lain. Begitu halusnya bahasa dalam puisi sehingga mampu menjadi senjata pada waktu pra-kemerdekaan di Malaysia. 

Wujudnya Hari Puisi ini menunjukkan puisi juga penting dalam kehidupan seharian kita kerana puisi adalah rangkaian kata dan kita berkomunikasi setiap hari. Maka, tiada salah kiranya puisi menjadi bahan dalam setiap perbualan kita. 

Mari kita berpuisi! 

Sebut pasal puisi ni, tahukah anda, puisi bukan terhad kepada sajak sahaja? Puisi memang tidak terhad kepada sajak sahaja. 
Puisi terdiri daripada dua jenis iaitu PUISI TRADISIONAL & PUISI MODEN.

PUISI TRADISIONAL : SYAIR, SELOKA, PANTUN, GURINDAM.

PUISI MODEN : SAJAK

Mari martabatkan bangsa melalui puisi. Bersempena Hari Puisi Sedunia ni, saya nak buat promosi jualan buku - buku puisi. Sila rujuk link ini untuk promosi buku.


20 Mar 2017

AWAK DAN SAYA

Awak.
Awak ni juruelektrik ke?
Sentuhan listrikmu menggetarkan jiwaku. <3 p="">
Awak dulu belajar UiTM ke?
Kerana awak sentiasa di hatiku.

Awak.
Awak kerja di stesen radio ke?
Kerana frekuensi cinta awak bergetar di hati saya.

Awak.
Awak ni angkasawan ke?
Sebab saya nampak bulan, bintang dan matahari di wajah awak.

Awak.
Awak ni pemandu ke?
Kerana awak memandu terus masuk ke dalam hati saya.

BUKU OH BUKU

APA NAK JADI DENGAN INDUSTRI BUKU KITA DI MALAYSIA?
Saya terpanggil untuk berkongsi satu catatan daripada Tuan Abdul Muati Ahmad daripada Universiti Putra Malaysia berkaitan industri perbukuan di Malaysia dan sejauh mana usaha kita untuk memantapkan industri buku sehingga kita mampu melahirkan masyarakat yang cerdik pandai?

19 Mar 2017

PEMENANG BAUCER MEMBELI DI YOUBELI

HADIAH UNTUK MAMA!

Semalam, lepas balik dari walimah kawan di Ampang, kami terus pulang ke Banting. Sebelum sampai ke rumah, kami singgah di Tesco Jenjarom, niatnya nak membeli hadiah untuk mama. Dari Ampang lagi dah fikir, kat mana nak beli hadiah mama. Mama berkenan dengan tudung bawal jenama AidiJuma. Mama juga ada sebut dia nak selendang kain bubble kalau ada yang cantik untuk ganti - ganti selendang yang ada. Almaklumlah, anak perempuan ada tiga orang. Setiap kali balik tudung mama akan jadi mangsa kami tiga orang. Jadi, sebagai hadiahnya, mama minta saya belikan

HADIAH PERCUMA!

Selamat berhujung minggu! Aktiviti apa pagi ni? 

Semalam ulang tahun kelahiran mama saya, tapi tak dapat nak sambut sebab ada urusan lain bersama mertua. Balik rumah Banting, mama pula dah pergi berjalan - jalan dengan adik bongsu. Seronoklah tu. Jadi hari ni, saya menanti mama untuk sampaikan hadiah istimewa yang saya dan suami beli untuk mama. Takdelah istimewa sangat pun, permintaan mama juga. Oh, ada pemenang untuk kuiz semalam. Nanti saya akan umumkan. Hari ni, mood saya sangat baik. Saya nak buat tawaran HADIAH PERCUMA untuk pembelian buku secara kombo daripada saya. Boleh lihat di blog saya senarai bukunya. HADIAH ni terhad untuk 5 pembeli sahaja. Beli buku dapat hadiah lagi, kos penghantaran pun tiada. Wah! Bagus sangat ni. Jom membeli dan membaca buku.


MENGAPA DASAR BUKU NEGARA DIGUBAL?

Sekalung tahniah kepada penggubal Dasar Buku Negara atas inisiatif untuk membangunkan industri perbukuan dan menggerakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat. 

Untuk menjadi sebuah negara maju, rakyat Malaysia harus menjadi rakyat berilmu dan berpengetahuan tinggi. Budaya membaca perlu subur dalam jiwa setiap rakyat. Kita tidak mahu rakyat ketinggalan dalam era globalisasi yang semakin pesat membangun. 

Pasti ramai yang tidak mengetahui tentang Dasar Buku Negara? Mengapa dasar ini digubal? Dasar Buku Negara ini adalah satu usaha pihak kerajaan untuk menggerakkan budaya membaca dan melahirkan masyarakat yang celik ilmu. Kita mahu melahirkan ramai intelektual dalam pelbagai bidang dalam kalangan rakyat Malaysia. 

18 Mar 2017

HADIAH UNTUK MAMA

Sempena ulangtahun kelahiran mama tersayang, saya dan suami nak membeli hadiah istimewa untuk mama. Kononnya nak beri kejutan untuk mama tapi tak jadi. Sebab pagi ni, mama dah rancang nak berjalan makan angin dengan adik bongsu di Melaka. Saya doakan semoga perjalanan mama dan adik lancar dan dipermudahkan serta selamat pergi dan pulang. Walaupun dekat saja destinasi yang dituju, keselamatan harus diutamakan kerana malang tidak berbau. Tapi, memandangkan rancangan saya dan suami tidak kesampaian, kami merancang untuk membeli hadiah untuk mama. Beberapa senarai hadiah telah dibincangkan.
1. Beg tangan
2. Kasut
3. Blaus
4. Tudung

Rasa-rasanya, mama saya memilih yang mana? Jika tekaan anda betul, saya akan hadiahkan anda baucer membeli - belah secara online di YouBeli. Jawapannya esok ya. :-)

18 MAC 2017 PENUH MAKNA

Hari ini
18 Mac 2017
tarikh yang penuh bermakna buat saya.

Kenapa?

Kerana pada tarikh ini, 45 tahun yang lalu, mak kepada mama saya bertarung nyawa untuk melahirkan insan yang kini menjadi ibu saya selama 27 tahun.


Alhamdulillah. Semoga mama sentiasa sihat dan berada dalam rahmat Tuhan Yang Maha Esa.

Untukmu, mama Basirah binti Che Awang, sajak ini dedikasi khas buatmu. Penghargaan atas setiap pengorbananmu, kasih sayangmu yang tidak berbelah bagi dan budimu membesarkan anak - anakmu. Hanya Allah yang mampu membalas segalanya.

15 Mar 2017

TEMAN SEJIWA

Manusia diciptakan berpasangan seperti alam juga diciptakan berpasangan. Siang pasangannya malam, bulan dan bintang tidak dapat dipisahkan, begitu juga manusia ada lelaki dan wanita yang berpasangan. Sejak dari azali, sudah tertulis jodoh seseorang. Kita hanya perlu mencari pasangan yang telah ditakdirkan untuk bersama kita. Itulah teman hidup kita. Teman sejiwa. Saya sudah menemui teman sejiwa saya. Mungkin dialah teman saya di Syurga-Nya? Allah lebih Mengetahui. Anda pula? Carilah 'soulmate' yang telah dilahirkan untuk anda dengan keredhaan-Nya.

Nantikan antologi cerpen terbaru.
Soulmate. Perkahwinan; satu garis permulaan sebuah kehidupan.

8 Mar 2017

WANITA IDAMAN SYURGA

Selamat Hari Wanita
8 Mac 2017
🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷
Istimewa buat semua wanita di dunia. Wanita-wanita dalam hidupku.

WANITA IDAMAN SYURGA
Tangan halusmu membelai lembut pipi ini
Mengusir seribu duka yang menghantui diri
Menyapu luka yang dalam.

Bibirmu mengukir senyuman
Mekar bak mawar
Walau dilingkari duri
Duri - duri kehidupan
Menyakitkan dirimu
Tiada dikau takuti
Malah mampu berkembang
Mewarnai dunia.

Tanpa getar dikau melangkah
Tanpa gentar dikau menyanggah
Demi orang yang kau sayangi
Dunia ini kau harungi
Dikau adiwira penyelamat dunia.

Apalah dunia tanpa wanita?
Kerana wanita itu dunia hidupnya lelaki
Apalah hidup tanpa wanita?
Kerana wanita itu nyawa lelaki.

Dikau ciptaan istimewa
Terlahir dari kasih
Tercipta dari sayang
Rabbul Alamin
Syurga buatmu, wanita.

Nurul Syahida Hassan
Shah Alam
080317

puterisamraa.blogspot.com
#happywomensday
#hariuntukwanita
#wanitaidamansyurga
#syahidahassan

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

HARI WANITA SEDUNIA



Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa

Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa


Akalmu senipis bilahan rambut

Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu

Jua hatimu bak kaca yang rapuh

Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/09/lirik-wanita-dehearty.html#ixzz4aY85IY



Wanita 
Istimewanya anda
Diciptakan untuk memenuhi impian lelaki
Melengkapi kehidupan.

Hari Wanita Sedunia diraikan pada setiap 8 Mac sebagai tanda menghargai wanita dan membela kebajikan para wanita di seluruh dunia. Usaha ini juga sebagai tanda kasih dan sayang masyarakat terhadap wanita. Wanita memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara tidak kira dari sudut ekonomi, pendidikan, sahsiah, kesihatan dan sebagainya.

Tanpa wanita, dunia takkan lengkap. Kewujudan wanita harus dihargai. Sayangi wanita dalam keluarga anda. 

Bersempena  Hari Wanita Sedunia ini, saya memberi diskaun RM8 untuk setiap pembelian. Sila rujuk link ini untuk maklumat lanjut.

6 Mar 2017

MUSIM PERKAHWINAN

ANTOLOGI PUISI NASIHAT NIKAH KAHWIN

Bulan Mac, April dan Mei banyak saya terima undangan ke majlis perkahwinan. Ramai yang memilih untuk melangsungkan perkahwinan sebelum Aidilfitri menjelma. Mungkin mahu merasai pengalaman menjalani ibadah puasa dan berhari raya bersama yang tersayang. 😍

Bulan Mac ni saja ada enam undangan ke majlis perkahwinan. memang kenyang makan nasi kendurilah jawabnya. Tapi, dalam masa kita teruja nak memenuhi undangan, pasti kita terfikir - fikir, hadiah apa nak diberikan kepada pasangan raja sehari? Pasti kita mahu hadiah yang lain daripada yang lain? Hadiah yang istimewa untuk pasangan yang baru memulakan hidup bersama. 

Jangan pening, jangan gusar, jangan risau. Tak payah fikir, nak hadiahkan set pinggan mangkuk ke, set cawan ke, cadar ke, album gambar ke atau bagi duit saja? Kini, buku juga boleh menjadi hadiah istimewa untuk diberikan kepada pasangan pengantin. 

Ini gambar masa majlis perkahwinan kawan baik saya; Shafiqah dan pasangannya, Azri. Saya hadiahkan mereka buku Antologi Puisi Nasihat Nikah Kahwin dan Anekdot Imam Tulang Rusuk karya Khairy Tajudin.


Jika anda mahu mendapatkan naskhah ini sebagai hadiah untuk teman tersayang atau mahu dijadikan sebagai panduan untuk persembahan atau pengacaraan di majlis perkahwinan, segera WHATSAPP saya di talian 010-7907388. 
HANYA RM28 SAHAJA! 
PROMOSI SEHINGGA BULAN MEI 2017,
KOS POS PERCUMA!

Jangan tunggu lama - lama, nanti lama - lama, buku dibeli orang! 😉


3 Mar 2017

MEMBACA GAYA WAWASAN

Santan lemak manis,
Santan kelapa muda,
Jangan anak menangis,
Kalau emak suruh membaca.



Aktiviti membaca perlu dipupuk sejak kecil. Cintai ilmu, cintai buku.  Tapi, kena baca bahan bacaan yang bermanfaat. Sekurang-kurangnya, satu hari satu muka surat. Satu hari satu ilmu. 30 hari, 30 ilmu kita dapat. Maka, jadikan membaca satu gaya hidup.


#syahidahassan
#membacajambatanilmu
#membacagayawawasan

2 Mar 2017

JAWAPAN KUIZ!

MEMBACA GAYA WAWASAN

Awal suruhan ialah membaca
Menuntut ilmu disuruh budaya
Inilah teladan sepanjang masa
Gayakan hidup dengan membaca

Apalah nama andai tanpa ilmu
Apalah mahkota permatanya palsu
Tanpa membaca cacatlah minda
Tanpa ilmu ke manalah kita

Jika ilmu penuh di dada
Bila bergaya dengan membaca
Dunia sempit menjadi luas
Tempah kejayaan tiada terbatas

Negara yang kecil tinggi martabat
Kerana ilmu, negara berdaulat

Mari kawan kita membaca
Mari rakan, timba ilmu dengan membaca
Inilah perjuangan, sambutlah seruan
Jadikan Membaca Gaya Wawasan

Everybody!
Take a book and read
To gain knowledge, everyone has to read
Let’s reach out, open up your mind
Let’s make reading, a lifestyle of Wawasan


Ini jawapannya. Kepada yang memberi jawapan yang tepat, saya akan mesej anda. 
Jadikan membaca gaya wawasan. :-)
Jom tonton dan nyanyi sama-sama. Nostalgia lagu ni.



#syahidahassan
#membacajambatanilmu
#membacagayawawasan

KUIZ!

'Awal suruhan ialah membaca,
Menuntut ilmu disuruh budaya,
Inilah teladan sepanjang masa,
Gayakan hidup dengan membaca.'


Siapa tahu lagu ni? 

Jawapan yang tepat akan dapat satu buku PERCUMA dengan setiap pembelian buku.




P/s: Jawapan pukul 11.59 p.m. nanti ya! :-)
Pembetulan lirik. Siapa yang dapat betulkan pun akan dapat satu buku percuma dengan setiap pembelian buku. 




#syahidahassan
#membacajambatanilmu
#membacagayawawasan